Connect with us

Terkini

Tauliah penceramah, Fathi Naim didakwa kes jenayah rogol perlu digantung – Firdaus Wong

Tauliah mengajar penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam perlu digantung sementara menanti keputusan perbicaraannya membabitkan tuduhan jenayah rogol selepas beliau dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kiri) dan Penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam (kanan).
  • Tauliah mengajar penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam perlu digantung sementara menanti keputusan perbicaraannya membabitkan tuduhan jenayah rogol selepas beliau dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata tindakan surau, masjid dan Jabatan Agama yang tegas dalam isu seperti itu akan memberikan isyarat kepada mana-mana penceramah dan agamawan supaya sentiasa menjaga disiplin dan integriti mereka.
  • Menurut Firdaus Wong, pada 2022 Fathi dituduh di Mahkamah Sesyen Klang dengan sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022. 
  • “Saya sedikit terkejut melihatnya di atas mimbar memberikan khutbah Jumaat tetapi saya juga bersangka baik bahawa AJK Masjid dan Nazir barangkali tidak tahu akan kes beliau.
  • “Saya berhubung terus dengan nazir masjid, Dr Roslan dan sebagaimana sangkaan saya, mereka tidak tahu akan kes beliau dan telah mengambil tindakan serta-merta untuk membatalkan semua kuliahnya di Masjid Al-Mukarramah. 
  • “Jikalau kelab bola sepak Eropah boleh menggantung pemain profesional hanya kerana disiasat sahaja, surau, masjid mungkin boleh pertimbangkan untuk menangguhkan dahulu kuliahnya terlebih dahulu manakala jabatan agama boleh menggantung sementara tauliah mengajarnya sementara menanti keputusan perbicaraannya kelak kerana saya percaya Islam menekankan integriti yang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Tauliah mengajar penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam perlu digantung sementara menanti keputusan perbicaraannya membabitkan tuduhan jenayah rogol selepas beliau dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata tindakan surau, masjid dan Jabatan Agama yang tegas dalam isu seperti itu akan memberikan isyarat kepada mana-mana penceramah dan agamawan supaya sentiasa menjaga disiplin dan integriti mereka.

Menurut Firdaus Wong, pada 2022 Fathi dituduh di Mahkamah Sesyen Klang dengan sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022. 

Katanya, berdasarkan pengakuan ahli keluarga mangsa, dokumen-dokumen pembuktian, Fathi sendiri mengakui beliau melakukan hubungan dengan gadis bawah umur itu cuma beliau tidak tahu gadis terbabit di bawah umur ketika insiden berlaku.

“Saya sedikit terkejut melihatnya di atas mimbar memberikan khutbah Jumaat tetapi saya juga bersangka baik bahawa AJK Masjid dan Nazir barangkali tidak tahu akan kes beliau.

“Saya berhubung terus dengan nazir masjid, Dr Roslan dan sebagaimana sangkaan saya, mereka tidak tahu akan kes beliau dan telah mengambil tindakan serta-merta untuk membatalkan semua kuliahnya di Masjid Al-Mukarramah. 

“Jikalau kelab bola sepak Eropah boleh menggantung pemain profesional hanya kerana disiasat sahaja, surau, masjid mungkin boleh pertimbangkan untuk menangguhkan dahulu kuliahnya terlebih dahulu manakala jabatan agama boleh menggantung sementara tauliah mengajarnya sementara menanti keputusan perbicaraannya kelak kerana saya percaya Islam menekankan integriti yang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Firdaus Wong berkata Fathi belum disabitkan kesalahan dan keadilan perlu diberikan kepada dia di mana seseorang itu tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah.

“Mungkin ada berkata, dia (Fathi) kena cari rezeki untuk sara tiga isteri dan lapan anaknya namun kita juga perlu bertanya, adakah dia memikirkan tentang tiga isteri dan lapan anaknya ketika melakukan perkara sebagaimana dituduh di Mahkamah Sesyen Klang?,” katanya. 

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending