Terkini
Kerajaan jangan teragak-agak perangi ketagihan nikotin
Kerajaan digesa tidak teragak-agak dalam memerangi ketagihan nikotin susulan laporan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dijadual dibentang semula di Dewan Rakyat untuk dibahaskan hari ini, ditangguhkan.

- Kerajaan digesa tidak teragak-agak dalam memerangi ketagihan nikotin susulan laporan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dijadual dibentang semula di Dewan Rakyat untuk dibahaskan hari ini, ditangguhkan.
- Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib memberitahu FMT: “Lebih baik bertindak daripada bercakap mengenainya. Lebih lama RUU ini ditangguh, besar kemungkinan lebih ramai kanak-kanak dan orang muda mula ketagih nikotin.”
- Beliau mengulas perkara itu susulan laporan RUU berkenaan yang dijadual untuk bacaan kedua dan dibahaskan, dilapor ditangguhkan untuk memberi laluan kepada urusan kerajaan yang lain.
- Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa belum mengesahkan penangguhan itu, lapor New Straits Times.
PETALING JAYA: Kerajaan digesa tidak teragak-agak dalam memerangi ketagihan nikotin susulan laporan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dijadual dibentang semula di Dewan Rakyat untuk dibahaskan hari ini, ditangguhkan.
Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib memberitahu FMT: “Lebih baik bertindak daripada bercakap mengenainya. Lebih lama RUU ini ditangguh, besar kemungkinan lebih ramai kanak-kanak dan orang muda mula ketagih nikotin.”
Beliau mengulas perkara itu susulan laporan bahawa RUU berkenaan yang dijadual untuk bacaan kedua dan dibahaskan, dilapor ditangguhkan untuk memberi laluan kepada urusan kerajaan yang lain.
RUU itu kali pertama dibentangkan pada Julai tahun lalu tetapi ditentang beberapa Ahli Parlimen. RUU yang disemak dibentangkan pada Jun dan dirujuk kepada jawatankuasa Parlimen.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa belum mengesahkan penangguhan itu, lapor New Straits Times.
Azrul berkata tindakan Kementerian Kesihatan menyebabkan lebih banyak masalah apabila mengeluarkan cecair dan gel nikotin daripada senarai Racun, membolehkan produk itu boleh didapati di kaunter untuk vape dan e-rokok.
Katanya, tidak ada perlindungan untuk menghalang penjualan e-rokok dan produk vape kepada sesiapa, termasuk kanak-kanak bawah umur.
“Setakat hari ini, tiada peraturan atau rangka kerja undang-undang yang mengawal pengeluaran, pembungkusan, pemasaran, penjualan dan penggunaan peranti ini.”
Beliau berkata penyahsenaraian nikotin, tanpa melaksanakan perundangan dan peraturan sesuai, “bukan sahaja mengejutkan mereka yang terlibat dalam kesihatan awam dan kawalan tembakau tetapi juga mendapat perhatian antarabangsa”.
Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, Dr Steven Chow, berkata RUU itu nampaknya mengabaikan sama sekali bukti saintifik yang menunjukkan bahawa pengurangan bahaya tembakau boleh berkesan dengan rangka kerja kawal selia yang sesuai.
Beliau berkata New Zealand dan Australia, peneraju dalam bidang itu, telah melakukan persediaan sejak berdekad untuk menghadapi peralihan itu. “Di Malaysia, kami masih belum memulakan program yang bermakna,” katanya.
Sumber: Free Malaysia Today
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas