Connect with us

Terkini

Rakyat Malaysia, Muslim diminta boikot produk berasaskan nikotin

Rakyat Malaysia terutama Muslim diminta meletakkan semangat dan komitmen sama dalam gerakan boikot yang dilakukan susulan pergolakan di Timur Tengah supaya turut memboikot produk berasaskan nikotin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Malaysia terutama Muslim diminta meletakkan semangat dan komitmen sama dalam gerakan boikot yang dilakukan susulan pergolakan di Timur Tengah supaya turut memboikot produk berasaskan nikotin.
  • Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata ketika ini keberkesanan boikot dua syarikat makanan besar sudah dapat dilihat impaknya, namun industri tembakau tidak pula diberikan perhatian sama dalam gerakan boikot itu.
  • Katanya, salah satu syarikat terbesar pengeluar rokok terang lagi nyata namanya bukan dari Malaysia, tetapi Britain dan Amerika.
  • “Daripada kita marah orang makan di “restoran M” dan “Kopi Hijau” baiklah kita tegur orang yang jelas tidak menghormati Fatwa Kebangsaan yang menyatakan dan sering diingatkan merokok itu HARAM.
  • “Di kotak rokok TIADA logo Halal JAKIM. Yang ada gambar risiko merokok seperti bayi pramatang, kanser paru-paru dan strok. Oh jangan lupa yang ia juga punca utama MATI PUCUK,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia terutama Muslim diminta meletakkan semangat dan komitmen sama dalam gerakan boikot yang dilakukan susulan pergolakan di Timur Tengah supaya turut memboikot produk berasaskan nikotin.

Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata ketika ini keberkesanan boikot dua syarikat makanan besar sudah dapat dilihat impaknya, namun industri tembakau tidak pula diberikan perhatian sama dalam gerakan boikot itu.

Katanya, salah satu syarikat terbesar pengeluar rokok terang lagi nyata namanya bukan dari Malaysia, tetapi Britain dan Amerika.

“Fatwa dikeluarkan alim ulama negara menyatakan merokok itu HARAM. Bukan doktor kata, bukan calang-calang orang kata. 

“Jika makanan ada cop halal JAKIM pun boleh dikatakan haram sebab menyokong negara yang tidak boleh disebut, apatah lagi yang difatwakan haram… Orang putih kata “it’s a no brainer” untuk diboikot oleh umat Islam.

“Merokok adalah “gateway to drug addiction”. Bila dah ketagih nikotin, penagih nikotin akan “upgrade” ke bahan lain. Dengan adanya peranti vape sekarang macam-macam lagi mudarat timbul. Budak-budak dah mula eksperimen dengan mushroom dan sebagainya. 

“Memang la bukan semua perokok jadi penagih dadah, tapi tanya pegawai AADK berapa ramai penagih dadah yang mula dengan merokok. Boleh dikatakan semua tau!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Mengulas lanjut berkenaan alasan produk itu perlu diboikot, Dr Ahmad Firdaus berkata bebanan kos untuk merawat penyakit berkaitan rokok seperti kanser paru-paru, radang paru-paru (COAD), sakit jantung dan strok adalah sangat tinggi. 

Namun, banyak bebanan kos Kesihatan Awam boleh dikurangkan dengan menangani masalah rokok, malah duit cukai rakyat Malaysia yang digunakan untuk perkara itu dapat dimanfaatkan dengan lebih baik bagi hal seperti infrastruktur negara.

“Daripada kita marah orang makan di “restoran M” dan “Kopi Hijau” baiklah kita tegur orang yang jelas tidak menghormati Fatwa Kebangsaan yang menyatakan dan sering diingatkan merokok itu HARAM.

“Di kotak rokok TIADA logo Halal JAKIM. Yang ada gambar risiko merokok seperti bayi pramatang, kanser paru-paru dan strok. Oh jangan lupa yang ia juga punca utama MATI PUCUK,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *