Connect with us

Terkini

Kerajaan tidak berhasrat kekang hak wartawan – Fahmi

Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat untuk mengekang hak bersuara wartawan dalam membuat sebarang pelaporan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tidak berhasrat kekang hak wartawan – Fahmi
Foto: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata setakat ini tiada seorang wartawan pernah ditangkap, diheret ke mahkamah ataupun disoal siasat pihak berkuasa kerana membuat pelaporan ataupun menerbitkan berita mengenai skandal besar.
  • “Sebagai seorang demokrat, sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip reformasi, saya dan pentadbiran in tidak berhasrat mengekang hak bersuara khususnya hak para wartawan membuat pelaporan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
  • Beliau menjawab solan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu jaminan kerajaan dalam memastikan Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah dikemas kini dan ditambah baik tidak akan mengekang mana-mana pengamal media untuk melaporkan atau membongkarkan sesuatu skandal dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat untuk mengekang hak bersuara wartawan dalam membuat sebarang pelaporan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata setakat ini tiada seorang wartawan pernah ditangkap, diheret ke mahkamah ataupun disoal siasat pihak berkuasa kerana membuat pelaporan ataupun menerbitkan berita mengenai skandal besar.

“Sebagai seorang demokrat, sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip reformasi, saya dan pentadbiran in tidak berhasrat mengekang hak bersuara khususnya hak para wartawan membuat pelaporan.

“Kebebasan media itu menjadi salah satu teras utama yang bukan hanya perlu kita sokong, tetapi kita juga perlu makmurkan lagi,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab solan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu jaminan kerajaan dalam memastikan Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah dikemas kini dan ditambah baik tidak akan mengekang mana-mana pengamal media untuk melaporkan atau membongkarkan sesuatu skandal dan sebagainya. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending