Connect with us

Terkini

Tiada kasino dibuka atau beroperasi di Johor – MB

Kerajaan Johor menegaskan tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri itu.

Avatar

Published

on

Foto: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
  • Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dengan penegasan itu Kerajaan Negeri berharap isu terbabit tidak lagi dipanjang dan dimomokkan.
  • “Berikutan tular berita kononnya kasino bakal dibuka di Forest City, Kerajaan Johor ingin menegaskan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini.
  • “Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Johor yakin Forest City akan diberikan nafas baharu dan kegiatan ekonomi bakal bertambah rancak dengan pembangunan Zon Kewangan Khas (SFZ) serta Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ),” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
  • Sebelum ini, laporan Bloomberg yang memetik sumber mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dua hartawan terkemuka pada minggu lalu bagi membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Johor menegaskan tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dengan penegasan itu Kerajaan Negeri berharap isu terbabit tidak lagi dipanjang dan dimomokkan.

“Berikutan tular berita kononnya kasino bakal dibuka di Forest City, Kerajaan Johor ingin menegaskan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini.

“Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Johor yakin Forest City akan diberikan nafas baharu dan kegiatan ekonomi bakal bertambah rancak dengan pembangunan Zon Kewangan Khas (SFZ) serta Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ),” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sebelum ini, laporan Bloomberg yang memetik sumber mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dua hartawan terkemuka pada minggu lalu bagi membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.

Laporan itu mendakwa Anwar, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan terbabit mengadakan makan tengah hari dan mesyuarat mengenai kemungkinan memberikan lesen kasino kedua Malaysia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri semalam menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.

Tegasnya,  laporan media yang memetik sumber bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino berlesen kedua itu, adalah tidak betul.

Onn Hafiz memaklumkan Kerajaan Negeri tidak pernah menerima sebarang cadangan mahupun menghadiri mana-mana mesyuarat yang membincangkan perkara berkenaan.

Katanya, sejarah Johor jelas membuktikan bahawa sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim lagi, tiga kasino di negeri ini sudah pun ditutup.

“Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim juga telah bertitah sebelum ini bahawa baginda tidak membenarkan pembukaan mana-mana kasino di Johor. Ini jelas menunjukkan pendirian Johor berhubung perkara ini,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending