Terkini
Jemput profesor pro-Israel, UM perlu ‘hukum’ kecuaian pihak terlibat
Universiti Malaya (UM) perlu mengambil tindakan terhadap kecuaian pihak yang menjemput profesor pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti itu sehingga menimbulkan kontroversi dan keresahan ramai.

- Universiti Malaya (UM) perlu mengambil tindakan terhadap kecuaian pihak yang menjemput profesor pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti itu sehingga menimbulkan kontroversi dan keresahan ramai.
- Felo Penyelidik Utama Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Zaid Ahmad berkata langkah itu wajar supaya memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang memberi platform kepada ahli akademik untuk berucap.
- “Dia (Gilley) yang berpendirian prozionis ini bukanlah baru semalam dia menzahirkan sampai kita tidak tahu. Kalau pendirian dia dah macam itu, kenapa jemput dia?
- “Ini biar UM jawablah. Bagi saya mungkin UM tidak tahu tetapi pihak yang jemput mesti kenal dia. Kita tidak jemput orang yang kita baru kenal semalam.
- “Lazimnya di universiti pengalaman saya lebih 30 tahun kalau kita nak jemput datang sini, biasanya kita kenal lama dalam bidang kita. Kita tahu prestasinya, kewibawaan syarahannya baru kita jemput. Ia termasuk pendirian dia dan sikap terhadap sesuatu perkara itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- Beliau mengulas mengenai kenyataan kontroversi pro-Israel dibuat Gilley ketika tampil sebagai penceramah jemputan di UM.
KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) perlu mengambil tindakan terhadap kecuaian pihak yang menjemput profesor pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti itu sehingga menimbulkan kontroversi dan keresahan ramai.
Felo Penyelidik Utama Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Zaid Ahmad berkata langkah itu wajar supaya memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang memberi platform kepada ahli akademik untuk berucap.
“Dia (Gilley) yang berpendirian prozionis ini bukanlah baru semalam dia menzahirkan sampai kita tidak tahu. Kalau pendirian dia dah macam itu, kenapa jemput dia?
“Ini biar UM jawablah. Bagi saya mungkin UM tidak tahu tetapi pihak yang jemput mesti kenal dia. Kita tidak jemput orang yang kita baru kenal semalam.
“Lazimnya di universiti pengalaman saya lebih 30 tahun kalau kita nak jemput datang sini, biasanya kita kenal lama dalam bidang kita. Kita tahu prestasinya, kewibawaan syarahannya baru kita jemput. Ia termasuk pendirian dia dan sikap terhadap sesuatu perkara itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan kontroversi pro-Israel dibuat Gilley ketika tampil sebagai penceramah jemputan di UM.
Pada 23 Apri lalul, ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power?” Gilley mengeluarkan kenyataan berbunyi “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States”.
Kenyataan itu kemudian dikongsikan semula menerusi ciapan di laman X milik peribadinya, yang menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya mahasiswa UM.
Susulan insiden itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial dibatalkan segera.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata pihak kementerian mengambil maklum dan memandang serius berhubung isu yang berlaku itu.
Dr Zaid menegaskan kenyataan Gilley yang juga profesor sains politik dari Universiti Negeri Portland itu tidak boleh dikompromi sama sekali.
Justeru, katanya tindakan diambil Menteri Pendidikan Tinggi wajar kerana ia merupakan ‘garis merah’ dalam negara ini.
“Saya tidak pernah jumpa yang bodoh seperti ini. Orang Barat sebelum dia sampai ke satu tempat, dia kaji dulu (perkara) sensitif,
“Dia sampai-sampai situ banyak perkara dia dah tahu. Yang ini (Gilley) nampak macam ‘ignorant’ (jahil) terus. Dia ini duduk bawah tempurunglah,” katanya. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com
