Connect with us

Antarabangsa

Lebih 700 warga Palestin maut dalam serangan udara rejim Israel di Gaza

Jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Gaza meningkat kepada 704 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza awal hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 700 warga Palestin maut dalam serangan udara rejim Israel di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Gaza meningkat kepada 704 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza awal hari ini.
  • Kementerian itu dipetik agensi berita Anadolu berkata, jumlah kematian itu, termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita, manakala jumlah mereka cedera meningkat kepada sekitar 4,000.
  • Pesawat perang Israel dilaporkan terus melancarkan serangan udara ke atas sasaran di pelbagai bahagian Semenanjung Gaza.
  • Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Gaza meningkat kepada 704 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza awal hari ini.

Kementerian itu dipetik agensi berita Anadolu berkata, jumlah kematian itu, termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita, manakala jumlah mereka cedera meningkat kepada sekitar 4,000.

Pesawat perang Israel dilaporkan terus melancarkan serangan udara ke atas sasaran di pelbagai bahagian Semenanjung Gaza.

Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Hamas berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki serta peningkatan keganasan peneroka haram Israel.

Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 900 warga Israel terbunuh dan lebih 2,600 cedera dalam pertempuran itu, demikian menurut Kementerian Kesihatan Israel. 

Sumber: Anadolu Ajansi

 

Author

Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending