Connect with us

Terkini

Kadar SST 8 peratus berkuatkuasa hari ini

Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik ke 8 peratus berkuatkuasa hari ini berbanding 6 peratus sebelum ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Kadar baharu itu bagaimanapun tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi, tempat letak kereta dan logistik.
  • Peningkatan kadar SST baharu ke 8 peratus itu diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2024 pada Oktober lalu.
  • Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya, demikian menurut media tempatan.

KUALA LUMPUR — Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik ke 8 peratus berkuatkuasa hari ini berbanding 6 peratus sebelum ini.

Kadar baharu itu bagaimanapun tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi, tempat letak kereta dan logistik.

Peningkatan kadar SST baharu ke 8 peratus itu diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2024 pada Oktober lalu.

Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya, demikian menurut media tempatan.

Langkah itu juga akan membantu kerajaan terus menjana pendapatan untuk negara dan dijangka menambah hasil kutipan kerajaan di mana Malaysia pada tahun lalu mengutip kurang RM30 billion.

Kutipan itu meletakkan Malaysia sebagai antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada 11.8 peratus.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Rabu dilaporkan menganggarkan negara akan meraih hasil tambahan RM3 bilion menerusi pelaksanaan kadar SST 8 peratus itu.

Amir berkata perolehan melalui pelaksanaan itu juga berupaya meningkatkan bantuan bersasar kepada rakyat memerlukan.

Malah, ia turut membolehkan kerajaan melaksanakan lebih banyak penambahbaikan dan penyelenggaraan prasarana awam kritikal seperti kesihatan, sekolah dan jalan raya.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *