Connect with us

Terkini

(VIDEO) Parti politik Melayu perlu dukung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan – Rais Yatim

Semua parti politik Melayu sama ada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) perlu mendukung cita-cita Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Avatar

Published

on

Foto: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
  • Semua parti politik Melayu sama ada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) perlu mendukung cita-cita Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.
  • Rais yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara berkata ini kerana Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan wajar diangkat sebagai ‘perjuangan penghulu’ (keutamaan dalam perjuangan Melayu/Bumiputera). 
  • “Baru disegani perjuangan nasional, perjuangan bangsa kita. Dan saya suka untuk memberi ingatan supaya Baginda Tuanku Raja-Raja Melayu juga harus memainkan peranan meneguhkan (Perkara) 153.
  • “Setahu saya agenda ini tidak banyak dikemukakan. Sudah sampai masanya Majlis Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 43 itu menjadikannya sebagai piagam dan menyelamatkan negara ini dengan menyelamatkan terlebih dahulu kepentingan orang Melayu, orang-orang yang berkepentingan sama, anak negeri Sabah dan Sarawak terus menerus,” katanya kepada pemberita selepas Forum 153 di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.
  • Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri iaitu pribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain yang menjadi rakyat Malaysia.
  • Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, Bumiputera dan kaum lain, menganggap Perkara 153 sebagai penghormatan terbesar kepada umat Melayu dan warganegara ulung di negara ini.

KUALA LUMPUR – Semua parti politik Melayu sama ada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) perlu mendukung cita-cita Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara berkata ini kerana Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan wajar diangkat sebagai ‘perjuangan penghulu’ (keutamaan dalam perjuangan Melayu/Bumiputera). 

“Baru disegani perjuangan nasional, perjuangan bangsa kita. Dan saya suka untuk memberi ingatan supaya Baginda Tuanku Raja-Raja Melayu juga harus memainkan peranan meneguhkan (Perkara) 153.

“Setahu saya agenda ini tidak banyak dikemukakan. Sudah sampai masanya Majlis Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 43 itu menjadikannya sebagai piagam dan menyelamatkan negara ini dengan menyelamatkan terlebih dahulu kepentingan orang Melayu, orang-orang yang berkepentingan sama, anak negeri Sabah dan Sarawak terus menerus,” katanya kepada pemberita selepas Forum 153 di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, Bumiputera dan kaum lain, menganggap Perkara 153 sebagai penghormatan terbesar kepada umat Melayu dan warganegara ulung di negara ini.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri iaitu pribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain yang menjadi rakyat Malaysia.

Rais berkata walaupun Perkara 153 tidak banyak dipolemikkan, ia merupakan tunjang pertama kepada Majlis Raja-Raja.

Katanya, dengan adanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, maka Majlis Raja-Raja menjadi kukuh dan kuat.

“Integralnya Perkara 153 Majlis Raja-Raja kurang sifatnya sebab itu saya mengesyorkan bagi pihak rakan-rakan di Sekretariat Perundingan Melayu ini supaya satu jabatan khas diwujudkan di bawah Majlis Raja-Raja dan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Ia supaya diberi penghormatan kepada Perlembagaan Malaysia yang asasnya ialah perjuangan orang Melayu bersama pengiktirafan hak asasi di negara ini,” katanya.

Rais berkata orang Melayu tidak boleh menganggap diri mereka kesampingan kerana persetujuan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan kepentingan itu terkandung dalam surat menyurat dengan Stamford Raffles pada 1819 dan begitu juga Perjanjian Pangkor berhubung kepentingan mereka.

“Oleh itu Perjanjian Persekutuan (Tanah Melayu) 1948 menegaskan kemelayuan yang mempunyai hak di negaranya sendiri tidak harus dipolitikkan sebab itu merupakan peruntukan integral kepada Perlembagaan Malaysia,” katanya. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending