Connect with us

Antarabangsa

AS lulus RM126 bilion untuk Israel

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan pakej perundangan AS$95 bilion (RM454.2 bilion) yang menyediakan bantuan keselamatan kepada Ukraine, Israel dan Taiwan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan pakej perundangan AS$95 bilion (RM454.2 bilion) yang menyediakan bantuan keselamatan kepada Ukraine, Israel dan Taiwan.
  • Dewan Senat dijangka meluluskan rang undang-undang (RUU) itu minggu depan yang akan membuka jalan bagi Presiden Joe Biden untuk menandatanganinya sebelum ia dikuatkuasakan sebagai undang-undang.
  • Al Jazeera melaporkan RUU itu memperuntukkan kira-kira AS$26 bilion (RM126.1 bilion) untuk Israel, termasuk AS$9.1 bilion (RM43.5 bilion) untuk keperluan kemanusiaan.
  • Kira-kira AS$5.2 bilion (RM24.9 bilion) akan digunakan untuk menambah dan mengembangkan sistem pertahanan peluru berpandu dan roket Israel, AS$3.5 bilion (RM16.7 bilion) lagi akan digunakan untuk membeli sistem senjata canggih dan AS$1 bilion (RM4.7 bilion) untuk meningkatkan pengeluaran senjata.
  • Selain itu, AS$4.4 (RM21 bilion) diperuntukkan untuk bekalan dan perkhidmatan pertahanan lain kepada Israel dan AS$9.2 bilion (RM43.9 bilion) untuk tujuan kemanusiaan, termasuk di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.
  • RUU itu juga akan melarang dana disalurkan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
  • Pentadbiran Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagaimanapun mengecam RUU itu dan menyifatkan ia sebagai “pencerobohan terhadap rakyat Palestin” dan “peningkatan berbahaya”.

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan pakej perundangan AS$95 bilion (RM454.2 bilion) yang menyediakan bantuan keselamatan kepada Ukraine, Israel dan Taiwan.

Pakej itu yang mendapat sokongan luas merentasi dua parti akan dibawa ke Dewan Senat yang meluluskan langkah sama kira-kira dua bulan lalu.

Memetik laporan The Times of Israel, pemimpin AS daripada Presiden Demokrat, Joe Biden hingga ke Senator Republikan Senat, Mitch McConnell menggesa Speaker Dewan Republikan, Mike Johnson untuk mengemukakannya bagi undian.

Dewan Senat dijangka meluluskan rang undang-undang (RUU) itu minggu depan, yang akan membuka jalan bagi Biden untuk menandatanganinya sebelum ia dikuatkuasakan sebagai undang-undang.

Al Jazeera melaporkan RUU itu memperuntukkan kira-kira AS$26 bilion (RM126.1 bilion) untuk Israel, termasuk AS$9.1 bilion (RM43.5 bilion) untuk keperluan kemanusiaan.

Kira-kira AS$5.2 bilion (RM24.9 bilion) akan digunakan untuk menambah dan mengembangkan sistem pertahanan peluru berpandu dan roket Israel, AS$3.5 bilion (RM16.7 bilion) lagi akan digunakan untuk membeli sistem senjata canggih dan AS$1 bilion (RM4.7 bilion) untuk meningkatkan pengeluaran senjata.

AS$4.4 (RM21 bilion) diperuntukkan untuk bekalan dan perkhidmatan pertahanan lain kepada Israel dan AS$9.2 bilion (RM43.9 bilion) untuk tujuan kemanusiaan, termasuk di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.

RUU itu juga akan melarang dana disalurkan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata RUU itu “menunjukkan sokongan kuat dua parti untuk Israel dan mempertahankan tamadun Barat”.

Pentadbiran Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagaimanapun mengecam RUU itu dan menyifatkan ia sebagai “pencerobohan terhadap rakyat Palestin” dan “peningkatan berbahaya”.

“Wang itu akan “diterjemahkan kepada ribuan mangsa Palestin di Semenanjung Gaza” dan Tebing Barat yang diduduki,” kata jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeina. – The Merdeka Times

Author