Terkini
Tahanan rumah Najib: Agong tidak terikat nasihat Lembaga Pengampunan – Pakar Perlembagaan
Kuasa pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan baginda tidak terikat untuk mengikuti nasihat anggota Lembaga Pengampunan jika mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 42, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.

- Kuasa pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan baginda tidak terikat untuk mengikuti nasihat anggota Lembaga Pengampunan jika mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 42, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.
- “Bahkan tidak ada pun disebut keputusan pengampunan adalah berasaskan kehendak dan keputusan Lembaga Pengampunan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Keputusan Titah Adendum mesti diputus dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan – PM’.
- Antara petikan dalam artikel itu adalah ia melaporkan sebarang keputusan berhubung Titah Adendum YDPA ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan sebagai berkata pendirian pihaknya tuntas iaitu keputusan mesti dibuat dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan begitu juga dengan keputusan muktamad Agong.
KUALA LUMPUR — Kuasa pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan baginda tidak terikat untuk mengikuti nasihat anggota Lembaga Pengampunan jika mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 42, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.
Malah menurut beliau, tiada pun disebut bahawa keputusan pengampunan diraja adalah berasaskan kehendak dan keputusan Lembaga Pengampunan.
“Benarkah titah adendum YDPA berkaitan pengampunan tidak perlu dipatuhi atas alasan titah itu tidak diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan? Persoalan ini sepatutnya dijawab Mahkamah Persekutuan berikutan permohonan semakan kehakiman DS (Datuk Seri) Najib baru-baru ini.
“Namun jika diamati peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 42 kita dapat memahami bahawa kuasa pengampunan adalah kuasa YDPA dan baginda tidak terikat untuk mengikuti nasihat anggota Lembaga Pengampunan.
“Bahkan tidak ada pun disebut keputusan pengampunan adalah berasaskan kehendak dan keputusan Lembaga Pengampunan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Keputusan Titah Adendum mesti diputus dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan – PM’.
Antara petikan dalam artikel itu adalah ia melaporkan sebarang keputusan berhubung Titah Adendum YDPA ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan sebagai berkata pendirian pihaknya tuntas iaitu keputusan mesti dibuat dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan begitu juga dengan keputusan muktamad Agong.
Mengulas lanjut, Muhammad Fathi berkata isu berkaitan pengampunan diraja perlu ditangani dengan berhemah dan bertanggungjawab.
“Bila kuasa ada di tangan, maka itu ujian dan amanah.
“Rasulullah SAW berpesan kepada Abu Zar berkaitan kuasa: “…jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa menjadi tuntutannya.”,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
