Connect with us

Terkini

Universiti perlu lihat latar belakang ahli akademik, nilai kesarjanaan sebelum dijemput – Zambry

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengingatkan setiap universiti melihat latar belakang ahli akademik yang ingin dijemput.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
  • Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengingatkan setiap universiti melihat latar belakang ahli akademik yang ingin dijemput.
  • Beliau berkata walaupun menghormati mengenai kebebasan universiti tetapi ahli akademik yang ingin diundang harus mempunyai nilai kesarjanaannya.
  • “Dalam jemput siapa pun. Lihat latar belakang seperti daripada segi kepakarannya. Bukan soal nak halang siapa pun. Saya ingatkan biar bawa yang benar-benar mempunyai nilai kesarjanaannya,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette hari ini.
  • Sebelum ini, Universiti Malaya (UM) dikecam hebat kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda zionis Israel dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengingatkan setiap universiti melihat latar belakang ahli akademik yang ingin dijemput.

Beliau berkata walaupun menghormati mengenai kebebasan universiti tetapi ahli akademik yang ingin diundang harus mempunyai nilai kesarjanaannya.

“Dalam jemput siapa pun. Lihat latar belakang seperti daripada segi kepakarannya. Bukan soal nak halang siapa pun. Saya ingatkan biar bawa yang benar-benar mempunyai nilai kesarjanaannya,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette hari ini.

Zambry turut mengingatkan terdapat perbezaan antara kebebasan akademik dengan menyentuh soal negara.

“Dalam hal ini, ia bukan soalan akademik. Ini soal kenyataan terhadap keselamatan, kedudukan dan imej negara dibuat daripada (orang) luar (yang) datang (ke dalam negara) dengan membuat kenyataan terlalu celupar.

“Harus bezakan. (Ini) membuat kenyataan terlalu biadab dan sangat merbahaya,” katanya.

Sebelum ini, Universiti Malaya (UM) dikecam hebat kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda zionis Israel dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

Ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power?” Bruce mengeluarkan kenyataan berbunyi “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States”.

Kenyataan itu kemudian dikongsikan semula menerusi ciapan di laman X milik peribadinya, yang menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya mahasiswa UM.

Susulan insiden itu, KPT turut mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial dibatalkan segera. – The Merdeka Times

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending