Connect with us

Terkini

RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023: Bantahan pembangkang ada asas – Pakar Perlembagaan

Bantahan dikemukakan pihak pembangkang berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 khususnya mengenai klausa kuasa perdana menteri di bawah RUU berkenaan mempunyai asasnya, demikian kata Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.
  • Bantahan dikemukakan pihak pembangkang berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 khususnya mengenai klausa kuasa perdana menteri di bawah RUU berkenaan mempunyai asasnya, kata Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata tiada keperluan mengadakan peruntukan Seksyen 32 dalam RUU berkenaan yang memberikan perdana menteri kuasa untuk mengecualikan mana-mana negeri asing daripada kekebalan terhadap pertuduhan.
  • Sebenarnya jika tidak ada peruntukan itu (Seksyen 32) sekalipun ia tidak menjejaskan operasi akta itu kerana di dalam akta itu sudah dinyatakan kaedah bagaimana menentukan sama ada sebuah negara itu wajar diberikan pengecualian ataupun tidak.
  • “Jadi saya kira peruntukan yang ada itu, tidak perlu pun untuk berikan kuasa mutlak kepada seorang perdana menteri dan ia bertentangan spirit ataupun semangat akta itu yang berteraskan kolektif decision sebagaimana diperuntukkan di bahagian awal akta menyentuh tentang kewujudan majlis yang khusus berkaitan kekebalan (negara asing),” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas  berkenaan bantahan dikemukakan pembangkang terhadap RUU itu, khususnya mengenai klausa kuasa perdana menteri di bawah rang undang-undang baharu berkenaan.
  • RUU itu digubal untuk mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

KUALA LUMPUR — Bantahan dikemukakan pihak pembangkang berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 khususnya mengenai klausa kuasa perdana menteri di bawah RUU berkenaan mempunyai asasnya, demikian kata Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata tiada keperluan mengadakan peruntukan Seksyen 32 dalam RUU berkenaan yang memberikan perdana menteri kuasa untuk mengecualikan mana-mana negeri asing daripada kekebalan terhadap pertuduhan.

Muhammad Fathi berkata ia suatu kuasa yang agak besar apabila perdana menteri diberikan kuasa untuk melakukan pengecualian terhadap mana-mana negara menerusi Seksyen 32 RUU itu.

Sebenarnya jika tidak ada peruntukan itu (Seksyen 32) sekalipun ia tidak menjejaskan operasi akta itu kerana di dalam akta itu sudah dinyatakan kaedah bagaimana menentukan sama ada sebuah negara itu wajar diberikan pengecualian ataupun tidak.

“Jadi saya kira peruntukan yang ada itu, tidak perlu pun untuk berikan kuasa mutlak kepada seorang perdana menteri dan ia bertentangan spirit ataupun semangat akta itu yang berteraskan kolektif decision sebagaimana diperuntukkan di bahagian awal akta menyentuh tentang kewujudan majlis yang khusus berkaitan kekebalan (negara asing).

“Tetapi dengan wujudnya pengecualian kuasa perdana menteri itu memberikan pengecualian itu, maka ia seolah-olah bertentangan pula konsep akta itu iaitu menentukan kuasa secara kolektif melalui majlis,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  berkenaan bantahan dikemukakan pembangkang terhadap RUU itu, khususnya mengenai klausa kuasa perdana menteri di bawah rang undang-undang baharu berkenaan.

RUU itu digubal untuk mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Selasa dilaporkan membangkitkan mengenai Seksyen 32 dan Seksyen 33 RUU itu – mengenai kuasa untuk mengecualikan mana-mana negeri asing daripada kekebalan terhadap pertuduhan atau membuat peraturan berkaitan.

Hamzah dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata kedua-dua frasa itu dengan jelas mengatakan kuasa untuk mengecualikan dan membuat undang-undang, berada di tangan perdana menteri ‘full stop’.

“Agak berbeza dengan negara-negara lain,” katanya yang memetik undang-undang United Kingdom, Australia dan Kanada di mana kuasa yang sama diberikan kepada ketua negara masing-masing.

Mengulas berkenaan Seksyen 33 yang turut dibangkitkan pembangkang, Muhammad Fathi berkata bagi pelaksanaan peruntukan itu dalam RUU berkenaan, ia tiada masalah.

Beliau berkata secara dasarnya ia hanya satu peruntukan biasa di mana bagi mana-mana akta pun kebiasaannya akan memberi kuasa sama ada kepada perdana menteri atau menteri untuk membuat undang-undang kecil, bagaimanapun kuasa itu tertakluk kepada skop ditentukan akta. 

“Sebenarnya, perbezaan pandangan dalam konteks kelulusan akta ini satu perkara yang sihat.

“Jadi bila ada pandangan berbeza ini apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah untuk menilai pandangan tersebut dan juga mendapatkan pandangan pihak ketiga yang mungkin boleh memberikan pandangan lebih adil untuk melihat sama ada apa dikemukakan pihak pembangkang itu wajar dipertimbangkan atau tidak,” kata Muhammad Fathi. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending