Connect with us

Terkini

“Kami hanya basuh peralatan di kedai nasi ayam bukan muslim,” – Peniaga nasi ayam

Penjelasan peniaga nasi ayam dan nasi itik di Sungai Ara, Bayan Lepas bahawa mereka hanya membasuh barang perniagaan di premis menjual makanan yang sama bagi bukan Islam, menimbulkan keraguan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kami hanya basuh peralatan di kedai nasi ayam bukan muslim
Foto: Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain.
  • Peniaga nasi ayam dan nasi itik di Sungai Ara, Bayan Lepas  dakwa mereka hanya basuh barang perniagaan di premis menjual makanan yang sama bagi bukan Islam, menimbulkan keraguan.
  • Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain sudah bertemu dua individu iaitu peniaga gerai terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam bagi meminta penjelasan sebenar.
  • “Bila saya jumpa mereka dan tunjuk video yang menunjukkan beberapa barang seperti bekas makanan dihantar ke sebuah kedai makan bukan Islam di Paya Terubong dan mereka tidak menafikan perkara itu dan kata hantar untuk basuh barang niaga sahaja.”
  • Menjadi keraguan ialah gerai peniaga dan kedai makan terbabit mempunyai menu sama iaitu nasi ayam dan nasi itik serta dikhuatiri berlaku percampuran bukan sahaja dalam aspek penggunaan bekas digunakan malah makanan itu sendiri.
  • “Perniagaan mereka memang viral (tular) dan ramai orang beratur untuk beli makanan di situ dan kalau mereka rasa tidak bersalah sewajarnya buat laporan polis dan pertahankan perniagaan. Sebaliknya mereka umum tutup perniagaan secara rasmi dan perkara ini menimbulkan persoalan kepada orang ramai.”

Georgetown: Penjelasan peniaga nasi ayam dan nasi itik di Sungai Ara, Bayan Lepas bahawa mereka hanya membasuh barang perniagaan di premis menjual makanan yang sama bagi bukan Islam, menimbulkan keraguan.

Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain berkata, beliau sudah bertemu dengan dua individu iaitu peniaga gerai terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam bagi meminta penjelasan sebenar, lapor Harian Metro pada Isnin.

Menurutnya yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Huda Sungai Ara, jika peniaga itu berada di pihak yang benar, mereka perlu membuat laporan polis.

“Dua individu terbabit menyatakan tujuan mereka ke premis yang terletak di Paya Terubong itu adalah untuk mencuci perkakas perniagaan yang digunakan.

“Bila saya jumpa mereka dan tunjuk video yang menunjukkan beberapa barang seperti bekas makanan dihantar ke sebuah kedai makan bukan Islam di Paya Terubong dan mereka tidak menafikan perkara itu dan kata hantar untuk basuh barang niaga sahaja.

“Bila saya tanya makanan masak di mana mereka jawab di sebuah premis di Persiaran Gurney. Masak di Gurney, jual di Sungai Ara tetapi hantar barang untuk dibasuh di Paya Terubong bukankah tidak masuk akal?”, katanya ketika dihubungi di sini.

Sophian berkata yang menimbulkan keraguan apabila gerai peniaga dan kedai makan terbabit mempunyai menu sama iaitu nasi ayam dan nasi itik, ianya dikhuatiri berlaku percampuran bukan sahaja dalam aspek penggunaan bekas yang digunakan malah makanan itu sendiri.

Beliau difahamkan bahawa gerai peniaga terbabit popular selain pernah tular di media sosial dan mereka sudah berniaga di lokasi tersebut kira-kira setahun.

“Perniagaan mereka memang viral (tular) dan ramai orang beratur untuk beli makanan di situ dan kalau mereka rasa tidak bersalah sewajarnya buat laporan polis dan pertahankan perniagaan.

“Sebaliknya mereka umum tutup perniagaan secara rasmi dan perkara ini menimbulkan persoalan kepada orang ramai,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *