Terkini
Malaysia jalin kerjasama sembilan negara bentuk ekosistem industri halal global komprehensif
Bagi memapankan pembangunan sektor halal di peringkat global, Malaysia bergerak aktif dalam menjalinkan kerjasama bersama sembilan buah negara setakat 30 Jun 2022, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

- Malaysia menjalinkan kerjasama bersama sembilan buah negara bagi membangunkan sektor halal di peringkat global.
- Industri halal global dijangka mencapai nilai US$5 trillion menjelang 2030 berdasarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP).
- MITI melalui agensinya Halal Development Corporation (HDC) mempromosikan industri halal sebagai satu penanda aras terhadap nilai kualiti serta tahap keselamatan sesuatu barangan yang menepati piawaan atau standard antarabangsa dan bukan terhad kepada pasaran di negara muslim semata-mata.
Kuala Lumpur – Bagi memapankan pembangunan sektor halal di peringkat global, Malaysia bergerak aktif dalam menjalinkan kerjasama bersama sembilan buah negara setakat 30 Jun 2022, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong berkata negara yang terlibat adalah Vietnam, Kemboja, Indonesia, Thailand, Arab Saudi, Rusia, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
“Kerjasama tersebut adalah dalam bentuk pembangunan rangka ekosistem industri halal untuk mempercepatkan kerjasama ekonomi dan integrasi antara negara kesalinghubungan antara serantau.
“Ia akan melonjakkan peluang pertumbuhan ekonomi yang melibatkan produk dan perkhidmatan halal melalui pengembangan akses pasaran, galakan aktiviti pelancongan mesra muslim dan promosi pelaburan asing ke dalam negara masing-masing,” katanya pada persidangan Dewan Negara, hari ini.
Perkongsian kepakaran industri halal Malaysia dilakukan secara strategik untuk membentuk ekosistem industri halal global yang lebih komprehensif memandangkan industri halal global dijangka mencapai nilai US$5 trillion menjelang 2030 berdasarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP), katanya.
“MITI melalui agensinya Halal Development Corporation (HDC) mempromosikan industri halal sebagai satu penanda aras terhadap nilai kualiti serta tahap keselamatan sesuatu barangan yang menepati piawaan atau standard antarabangsa dan bukan terhad kepada pasaran di negara muslim semata-mata,” katanya
Menurut Lim kerjasama tersebut dapat mengalakkan ketulusan yang lebih tinggi, perkongsian maklumat, memudahcara perdagangan, kerjasama ekonomi, serta penyeragaman piawaan dan peraturan antarabangsa berkaitan pensijilan halal Malaysia dimana ia akan membuka pasaran yang lebih luas kepada industri halal tempatan.
Selain itu, kerjasama tersebut juga merupakan kerjasama strategik yang dilakukan untuk meningkatkan jenama halal produk-produk yang dihasilkan di Malaysia dan menggalakkan lebih banyak pelaburan asing ke dalam industri halal serta seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu
“Kerjasama ini juga adalah bagi mengenalpasti ketersediaan sumber bahan mentah yang dapat diperolehi dikalangan negara yang terlibat pada harga yang lebih kompetitif dan ia akan memantapkan integrasi rantaian bekalan bahan mentah industri halal tempatan.
“Pembangunan dan kerjasama dalam sektor halal dengan negara yang dinyatakan akan mempelbagaikan barangan dan perkhidmatan halal yang berkualiti dipasaran dunia pada harga yang berpatutan dan ini akan beri kesan positif kepada pasaran halal dunia termasuk Malaysia,” katanya.
Tambahnya ia akan menggalakan perkongsian dalam pengeluaran produk halal dan pembangunan bakat industri halal sedunia dan ia akan beri kesan positif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
Sumber: Bernama
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China