Terkini
SPRM perkecil Indeks Persepsi Rasuah,TI-M gesa terima realiti pahit dan cari solusi
Tan Sri Azam Baki berpandangan bahawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International Malaysia (TI-M) tidak berasaskan fakta tetapi sekadar ‘persepsi’ membayangi ketidakfahaman terhadap konsep indeks.

- Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan kepada media minggu lepas bahawa CPI bukan indikator situasi sebenar negara
- Presiden TI-M, Muhammad Mohan menjelaskan yang CPI tidak pernah mewakili “ukuran sebenar rasuah” sejak ia dikenalkan pada 1995 namun ia diterima seluruh dunia sebagai “ indikator” terhadap pembangunan negara ahli.
- Muhammad menyifatkan kematangan sebuah negara diukur dengan kemampuannya untuk menerima realiti yang menyakitkan, merenung dan mencari solusi untuk memperbaiki posisi negara.
- Presiden TI-M desak agar fokus diberi dalam membanteras rasuah, mendapat skor baik dan mencapai matlamat Pelan Antirasuah Nasional (NACP)
KUALA LUMPUR – Tan Sri Azam Baki berpandangan bahawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International Malaysia (TI-M) tidak berasaskan fakta tetapi sekadar ‘persepsi’ membayangi ketidakfahaman terhadap konsep indeks.
Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan kepada media minggu lepas bahawa CPI bukan indikator situasi benar negara namun ia hanyalah ukuran berdasarkan graf.
Presiden TI-M, Muhammad Mohan menjelaskan yang CPI tidak pernah mewakili “ukuran sebenar rasuah” sejak ia dikenalkan pada 1995, ia diterima seluruh dunia sebagai “ukuran indikator” terhadap pembangunan negara ahli.
“Skor sesebuah negara diberikan berdasarkan beberapa tinjauan dan penilaian pakar, dimana pelbagai faktor dalam negara diambil kira termasuk aspek demokratik, keterbukaan terhadap pelabur luar dan faktor-faktor ekonomi,” menurut Muhammad.
CPI turut membantu dalam penentuan status ekonomi dan politik negara serta kecenderungannya terhadap aktiviti rasuah, dan memberi signal kepada pihak berkaitan mengenai masalah rasuah yang penting.
Kritikan ke atas indeks ini bukan perkara baharu, menurut Presiden TI-M, sebelum ini terdapat usul agar Malaysia dikecualikan sepenuhnya daripada CPI.
Walau bagaimanapun, Muhammad berkata Malaysia menolak dan mencadang untuk penambahbaikan dan bukan menolak secara total.
“Melihat sejarah kritikan tersebut, TI-M seperti keliru tentang pendirian SPRM untuk tidak menerima fakta yang posisi Malaysia dalam CPI menurun.
“Orang-orang ini juga merupakan yang pertama bersorak bila kedudukan negara dalam keadaan baik, seperti yang dilaporkan pada 2019 dimana Malaysia buat kali pertama berjaya memperbaiki skornya dari 47 ke 53 and posisinya dari 61 ke 51 daripada 180 negara di dunia. Ketika itu, pihak-pihak ini terima baik CPI.
“ Kematangan sebuah negara diukur dengan kemampuannya untuk menerima kenyataan pahit, merenung dan mencari solusi untuk memperbaiki posisi negara,” ujar Muhammad.
Daripada meragui kredibiliti CPI, presiden TI-M mendesak agar SPRM lebih fokus membanteras rasuah, memperoleh skor yang baik dan mencapai matlamat Pelan Antirasuah Nasional (NACP).
Sumber : Malay Mail
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China