Terkini
Pemimpin pertubuhan Cina didakwa lakukan jenayah seksual
Anak perempuan Tan Sri Wong Mook Leong, Veronica Wong mendedahkan bahawa dia diganggu secara seksual oleh seorang pemimpin pertubuhan Cina (KLSCAH), Yeo Kwi Seng pada Jun 2021.
- Veronica Wong mengumumkan di akaun Facebooknya yang dia telah diganggu secara seksual oleh seorang pemimpin sebuah pertubuhan Cina, Yeo Kwi Seng.
- Berharap tindakannya akan memberikan kesedaran tentang peningkatan kes gangguan seksual terhadap wanita.
- Yeo menafikan tuduhan Veronica dengan berkata bahawa kandungan itu hanya “gurauan sesama orang dewasa.”
KUALA LUMPUR: Anak perempuan Tan Sri Wong Mook Leong, Veronica Wong mendedahkan bahawa dia diganggu secara seksual oleh seorang pemimpin pertubuhan Cina (KLSCAH), Yeo Kwi Seng pada Jun 2021.
Veronica telah membuat laporan polis pada 27 Jun berhubung hal tersebut dan berharap tindakannya itu akan meningkatkan kesedaran tentang kes keganasan seksual yang berlaku terhadap wanita saban waktu.
Melalui sebuah hantaran di Facebook pada 16 Jun, Veronica menuduh Yeo telah mengganggunya menerusi aplikasi WhatsApp.
Veronica memberitahu bahawa mesej-mesej yang dihantar berbaur seksual termasuk video lucah.
Yeo menafikan tuduhan Veronica dengan berkata bahawa mesej-mesej tersebut hanya dianggap sebagai “gurauan sesama orang dewasa” dan menjelaskan yang mereka berdua “sedang belajar teknik penerbitan filem orang dewasa (lucah).”
“Video-video lucah tersebut juga dikongsikan atas permintaan Veronica,” tambah Yeo lagi kerana tidak menyangka yang ia akan dikira sebagai gangguan seksual.
“Dia juga tidak memberi amaran kepada saya ataupun menyekat nombor telefon saya,” ujar Yeo.
Selepas Veronica memuat naik hantaran Facebook tersebut, Yeo menerima sebuah panggilan yang tidak diketahui identitinya meminta sejumlah wang sebanyak RM10,000 bagi menyembunyikan kes tersebut.
Pemanggil tersebut turut mengugut akan sebarkan bukti-bukti berkenaan jika gagal membayar wang tersebut. Yeo kemudiannya melaporkan ugutan tersebut pada 17 Jun 2021.
Sebelum Veronica melaporkan isu ini kepada pihak polis, dia telah berkongsi beberapa keping bukti di akaun Facebooknya seperti tangkapan skrin panggilan yang dibuat oleh Yeo.
Sumber : Hype