Connect with us

Terkini

Ebit Lew kirim gambar alat sulit lelaki pada 14 Mac 2021 – Pengadu

Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini, bahawa Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew, pertama kali mengirim gambar alat sulit lelaki kepadanya pada 4.30 petang, 14 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew.
  • Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini, Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew, pertama kali mengirim gambar alat sulit lelaki kepadanya pada 4.30 petang, 14 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp.
  • “Tetapi saya tidak sempat menyimpan tangkap layar (gambar dihantar menerusi aplikasi WhatsApp) kerana Ebit Lew telah memadam gambar tersebut,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.
  • Wanita 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.
  • “Saya ada blok (sekat panggilan) pada awal April, tetapi Ebit Lew ada membuat panggilan dari Instagram saya, selepas itu saya unblock beliau di WhatsApp, tetapi Ebit Lew tetap (berkelakuan) sama,” katanya.
  • Saksi mendakwa tertuduh pernah meminta beliau bertukar pasangan, yang mana saksi dan suaminya bertukar pasangan bersama tertuduh dan isterinya.
  • Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

TENOM: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini, bahawa Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew, pertama kali mengirim gambar alat sulit lelaki kepadanya pada 4.30 petang, 14 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp.

“Tetapi saya tidak sempat menyimpan tangkap layar (gambar dihantar menerusi aplikasi WhatsApp) kerana Ebit Lew telah memadam gambar tersebut,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.

Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.

Terdahulu wanita itu memberitahu mahkamah dalam perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bahawa beliau telah menghubungi Ebit Lew melalui aplikasi Instagram, bagi meminta nasihat berhubung masalah kekeluargaan pada 4 Mac 2021.

Saksi berkata melalui aplikasi Instagram itu, Ebit Lew telah meminta nombor telefonnya pada tarikh yang sama dan sejak itu wanita tersebut sentiasa menerima panggilan dari tertuduh antara Mac hingga Jun 2021 melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata Ebit Lew sekali lagi membuat panggilan video pada 29 Mac 2021 dan memperlihatkan alat sulitnya dan ketika itu saksi sempat menangkap gambar untuk ditunjukkan kepada suaminya sebagai bukti, kerana suami saksi pada mulanya tidak percaya Ebit Lew berkelakuan seperti itu.

Wanita itu berkata pada bulan Ramadan antara April dan Mei 2021, tertuduh juga memaksa saksi menjawab panggilan video dan memperlihatkan kemaluannya sehingga wanita itu menyekat nombor telefon Ebit Lew di aplikasi WhatsApp.

“Saya ada blok (sekat panggilan) pada awal April, tetapi Ebit Lew ada membuat panggilan dari Instagram saya, selepas itu saya unblock beliau di WhatsApp, tetapi Ebit Lew tetap (berkelakuan) sama,” katanya.

Saksi mendakwa tertuduh juga pernah meminta beliau melakukan perbuatan bertukar pasangan, yang mana saksi dan suaminya bertukar pasangan bersama tertuduh dan isterinya.

Beliau berkata pada 11 Julai 2021, dia sekali lagi telah menyekat nombor telefon Ebit Lew, apabila tertuduh memaksa pengadu menjawab panggilan video dan menghantar teks di aplikasi WhatsApp, selain memaksa tertuduh menghantar gambar dan memarahi saksi kerana tidak melayan kehendaknya.

Pada 29 Julai 2021, saksi menghubungi Ebit Lew apabila tersebar beberapa gambar mengaitkan tertuduh dengan kes gangguan seksual, yang mana beliau mengakui ada laporan dibuat terhadapnya, sebelum saksi memutuskan untuk membuat laporan polis.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu, membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung petang ini.

Sumber : Bernama 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending