Terkini
Tiada kompromi kes buli, gangguan seksual – KPM
Kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak yang tular baru-baru ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan berkata, pihaknya tidak akan kompromi perbuatan buli dan gangguan seksual di semua institusi di bawah kelolanya.
- Katanya, kementerian berusaha pastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolanya terpelihara.
- “Salah laku buli dan gangguan seksual adalah salah laku berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak,” kata KPM dalam satu kenyataan.
- Menurut kementerian, garis panduan tangani salah laku buli dan gangguan seksual yang dilancarkan September lalu merupakan bukti komitmen KPM terhadap isu berkenaan.
KUALA LUMPUR – Kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak yang tular baru-baru ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan perbuatan buli dan gangguan seksual di semua institusi di bawah kelolaannya.
Katanya, kementerian berusaha memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.
“Salah laku buli dan gangguan seksual adalah salah laku berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak,” kata KPM.
Menurut kementerian tersebut, garis panduan bagi menangani salah laku buli dan gangguan seksual yang telah dilancarkan September lalu merupakan bukti komitmen KPM terhadap isu berkenaan.
“Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM,” katanya.
Tambahnya, KPM menyediakan tiga saluran utama untuk orang ramai termasuk murid, ibu bapa dan masyarakat membuat laporan mengenai kes buli dan gangguan seksual menerusi talian khas Aduan Buli, emel [email protected] dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
“KPM turut memantau kesegeraan penyampaian maklumat berkaitan kes buli dan gangguan seksual berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard iaitu pada kadar 1:3:7 hari,” tambah KPM.
Sebagai rekod, gambar mangsa dimasukkan ke hospital tular di laman Instagram pada Jumaat lalu bersama sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku-pelaku yang diminta berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob pada Sabtu lalu mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli pada 24 September lalu membabitkan tiga pelajar lelaki di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying hari ini memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara adil berhubung kes buli tanpa mengira latar belakang murid yang terlibat.
Sumber: MalaysiaGazette
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times