Connect with us

Terkini

Selangor catat kes jenayah seksual tertinggi – Polis

Selangor merekodkan jenayah seksual paling tinggi dengan 4,789 kes di mana 64 peratus dari jumlah itu melibatkan kanak-kanak sejak 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Selangor merekodkan jenayah seksual paling tinggi dengan 4,789 kes di mana 64 peratus dari jumlah itu melibatkan kanak-kanak sejak 2023
  • Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Siti Kamsiah Hassan berkata jenayah seksual itu menunjukkan trend peningkatan sejak 2021.
  • “Bermula 2021, jenayah seksual merekodkan sebanyak 4,351 kes, kemudian meningkat kepada 4,604 kes pada 2022 dan ia terus meningkat kepada 4,789 kes pada 2023,” katanya dipetik media tempatan pada Rabu.
  • Siti Kamsiah berkata jenayah seksual itu tinggi disebabkan faktor populasi penduduk tinggi dan kedudukan Selangor yang mempunyai banyak sempadan dengan negeri lain.
  • Pada Januari lalu, kes kesalahan seksual di Kelantan juga dilaporkan meningkat iaitu terdapat 249 kes berkaitan berlaku pada 2023 berbanding 197 kes pada 2022.
  • Menurut Statistik Jenayah Malaysia 2023 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia terdapat 264 kes jenayah seksual dilaporkan berlaku di Pulau Pinang pada 2022 iaitu peningkatan 74 berbanding 190 kes pada 2021.
  • Terengganu pula mencatatkan peningkatan kes berkaitan iaitu 124 kes pada 2022 berbanding 114 kes pada 2021 dan Kedah mempunyai 237 kes jenayah seksual (2022) iaitu peningkatan 27 kes berbanding 210 (2021).

KUALA LUMPUR — Selangor merekodkan jenayah seksual paling tinggi dengan 4,789 kes di mana 64 peratus dari jumlah itu melibatkan kanak-kanak sejak 2023.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Siti Kamsiah Hassan berkata jenayah seksual itu menunjukkan trend peningkatan sejak 2021.

“Selangor adalah negeri tertinggi dari segi jenayah seksual berbanding negeri-negeri lain

“Bermula 2021, jenayah seksual merekodkan sebanyak 4,351 kes, kemudian meningkat kepada 4,604 kes pada 2022 dan ia terus meningkat kepada 4,789 kes pada 2023,” katanya dipetik media tempatan pada Rabu.

Siti Kamsiah berkata jenayah seksual itu tinggi disebabkan faktor populasi penduduk tinggi dan kedudukan Selangor yang mempunyai banyak sempadan dengan negeri lain.

Pada Januari lalu, kes kesalahan seksual di Kelantan juga dilaporkan meningkat iaitu terdapat 249 kes berkaitan berlaku pada 2023 berbanding 197 kes pada 2022.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dilaporkan berkata statistik itu melibatkan kes rogol, sumbang mahram, liwat, cabul dan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Dalam pada itu, menurut Statistik Jenayah Malaysia 2023 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia terdapat 264 kes jenayah seksual dilaporkan berlaku di Pulau Pinang pada 2022 iaitu peningkatan 74 berbanding 190 kes pada 2021.

Terengganu juga mencatat peningkatan kes berkaitan iaitu 124 kes pada 2022 berbanding 114 kes pada 2021 dan Kedah mempunyai 237 kes jenayah seksual (2022) iaitu peningkatan 27 kes berbanding 210 (2021).

Masing-masing melibatkan kes rogol termasuk rogol berkumpulan, sumbang mahram, seks luar tabii, cabul kehormatan dan gangguan seksual. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending