Connect with us

Terkini

Sistem Pengurusan Antirasuah jadi panduan jabatan bawah KSM – Menteri

Semua jabatan dan agensi bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menggunakan panduan dan standard Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) bagi mengukuhkan tadbir urus dan mengenal pasti risiko rasuah serta salah guna kuasa. 

Wartawan TMT

Published

on

Sistem Pengurusan Antirasuah jadi panduan jabatan bawah KSM – Menteri
Foto: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
  • Semua jabatan dan agensi bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menggunakan panduan dan standard Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) bagi mengukuhkan tadbir urus dan mengenal pasti risiko rasuah serta salah guna kuasa. 
  • Ia berpandukan standard ABMS yang akan diguna pakai Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), agensi pembiaya utama latihan kemahiran di negara ini untuk pengukuhan tadbir urus dan mengenal pasti risiko rasuah serta salah guna kuasa, terutama dalam proses kerja perbadanan berkenaan.
  • Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata langkah dilaksanakan PTPK itu akan menjadi panduan dan dijadikan standard kepada semua jabatan dan agensi lain di bawah kementerian berkenaan.
  • “Matlamat ini juga selari dengan kerangka Malaysia MADANI yang mengutamakan integriti dan kecekapan dalam pentadbiran awam. Pelaksanaan ABMS langkah proaktif untuk memastikan kakitangan PTPK mematuhi etika kerja dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap pembanterasan rasuah dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Buletin TV3 pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Semua jabatan dan agensi bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menggunakan panduan dan standard Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) bagi mengukuhkan tadbir urus dan mengenal pasti risiko rasuah serta salah guna kuasa. 

Ia berpandukan standard ABMS yang akan diguna pakai Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), agensi pembiaya utama latihan kemahiran di negara ini untuk pengukuhan tadbir urus dan mengenal pasti risiko rasuah serta salah guna kuasa, terutama dalam proses kerja perbadanan berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata langkah dilaksanakan PTPK itu akan menjadi panduan dan dijadikan standard kepada semua jabatan dan agensi lain di bawah kementerian berkenaan.

Katanya, pembangunan ABMS didorong prestasi cemerlang PTPK susulan hasil penarafan semula risiko yang dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Matlamat ini juga selari dengan kerangka Malaysia MADANI yang mengutamakan integriti dan kecekapan dalam pentadbiran awam. Pelaksanaan ABMS langkah proaktif untuk memastikan kakitangan PTPK mematuhi etika kerja dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap pembanterasan rasuah dalam perkhidmatan awam.

“PTPK akan terus memperkasa agenda pembangunan modal insan negara selain terus komited memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan menyediakan pembiayaan bagi menggalakkan masyarakat untuk mengikuti bidang kemahiran,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Buletin TV3 pada Ahad.

Chee Keong berkata PTPK sentiasa cakna dan memberi komitmen tinggi untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan terbaik, sekali gus menyokong usaha menambah baik ekosistem TVET bagi membangunkan bakat tersedia pada masa hadapan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending