Antarabangsa
Penduduk Gaza bayar USD13,000 kepada ‘broker’ untuk keluar dari kawasan perang
Seorang individu dikenali sebagai Yasir dilaporkan terpaksa membayar rasuah $13,000 (RM60,866) kepada ‘broker’ atau orang tengah untuk membolehkan isteri dan dua anaknya keluar dengan selamat dari Gaza.
- Seorang individu dikenali sebagai Yasir dilaporkan terpaksa membayar rasuah $13,000 (RM60,866) kepada ‘broker’ atau orang tengah untuk membolehkan isteri dan dua anaknya keluar dengan selamat dari Gaza.
- Tindakan terdesak itu menjadi satu-satunya jalan untuk beliau memastikan keluarganya keluar dari wilayah konflik itu sebelum ke Amerika Syarikat (AS) di mana beliau kini menetap.
- Beberapa minggu lalu, Yasir membayar $9,000 (RM42,129) kepada seorang ‘broker’ supaya keluarganya dapat keluar dari sempadan Rafah yang ditadbir Mesir, terletak di lintasan antara Gaza dan Mesir.
- Selepas membayar jumlah itu, Yasir dimaklumkan hanya nama isterinya ada dalam senarai dibenar keluar dari Gaza, manakala $4,000 (RM18,724) bayaran tambahan diperlukan jika beliau ingin memasukkan anak-anaknya dalam senarai itu.
- “Broker mengambil kesempatan di atas keterdesakan saya untuk menjauhkan keluarga saya daripada situasi buruk yang mereka alami semasa perang,” katanya dipetik The Electronic Intifada pada Isnin.
- Susulan laporan The Guardian bertajuk ‘Rakyat Palestin terdesak melarikan diri dari Gaza membayar beribu-ribu rasuah kepada ‘broker’’, pihak berkuasa Mesir menafikan orang ramai perlu membayar rasuah untuk meninggalkan Gaza.
- Penduduk Gaza bertegas aktiviti rasuah sememangnya berlaku, mereka mengatakan rakyat Mesir di Gaza juga dijangka membayar rasuah di sempadan Rafah lebih rendah berbanding rakyat Palestin.
Seorang individu dikenali sebagai Yasir dilaporkan terpaksa membayar rasuah $13,000 (RM60,866) kepada ‘broker’ atau orang tengah untuk membolehkan isteri dan dua anaknya keluar dengan selamat dari Gaza.
Tindakan terdesak itu menjadi satu-satunya jalan untuk beliau memastikan keluarganya keluar dari wilayah konflik itu sebelum ke Amerika Syarikat (AS) di mana beliau kini menetap.
Beberapa minggu lalu, Yasir membayar $9,000 (RM42,129) kepada seorang ‘broker’ supaya keluarganya dapat keluar dari sempadan Rafah yang ditadbir Mesir, terletak di lintasan antara Gaza dan Mesir.
Bagaimanapun selepas membayarnya, Yasir dimaklumkan hanya nama isterinya ada dalam senarai dibenar keluar dari Gaza, manakala $4,000 (RM18,724) bayaran tambahan diperlukan jika beliau ingin memasukkan anak-anaknya dalam senarai itu.
“Broker mengambil kesempatan di atas keterdesakan saya untuk menjauhkan keluarga saya daripada situasi buruk yang mereka alami semasa perang.
“Tetapi saya bersedia membayar semuanya untuk membantu mereka (keluarga saya) melarikan diri.
“Saya bersedia memberikan jiwa saya untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya dipetik The Electronic Intifada pada Isnin.
Seperti majoriti individu di Gaza, keluarga Yasir diusir dari rumah kerana perang menyebabkan mereka terpaksa menumpang teduh di sekolah di Rafah di selatan Gaza yang sangat sesak dan mempunyai makanan sedikit.
Yasir membayar rasuah itu sebagai jalan terakhir dan dia menghantar banyak mesej menerusi e-mel dan panggilan telefon kepada pihak berkuasa AS meminta bantuan supaya isteri dan anak-anaknya dipindah keluar dari Gaza.
Menerusi Facebook, dia mengetahui broker sedang mengatur permit keluar melalui Rafah sebagai pertukaran bayaran tinggi yang dikenakan.
Rasuah dituntut broker pada mulanya sekitar $3,000, namun ia meningkat kepada $7,000 sejak Disember lalu dan kini mencecah $10,000 untuk setiap individu dewasa dan beberapa ribu dolar bagi kanak-kanak.
Susulan laporan The Guardian bertajuk ‘Rakyat Palestin terdesak melarikan diri dari Gaza membayar beribu-ribu rasuah kepada ‘broker’’, pihak berkuasa Mesir menafikan orang ramai perlu membayar rasuah untuk meninggalkan Gaza.
Perkhidmatan Maklumat Mesir pula menolak laporan itu yang disifatkannya sebagai tidak berasas.
Ia mendakwa pegawai di Rafah “mengutip yuran mengikut undang-undang Mesir yang mengawal operasi melintasi sempadan”.
Penduduk Gaza bertegas aktiviti rasuah sememangnya berlaku, mereka mengatakan rakyat Mesir di Gaza juga dijangka membayar rasuah di sempadan Rafah lebih rendah berbanding rakyat Palestin.
Sejak sekian lama, terdapat sistem dua peringkat yang beroperasi di sempadan Rafah.
Individu yang namanya berada dalam senarai “biasa” boleh meninggalkan sempadan apabila ia dibuka tetapi mereka kebiasaannya perlu menunggu untuk beberapa tempoh terlebih dahulu.
Mereka yang “menyelaraskan” rancangan perjalanan dengan individu Mesir boleh keluar mengikut masa dikehendaki, namun perlu membayar rasuah. —- The Merdeka Times
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia