Connect with us

Terkini

Usir warga Israel: Ahli Kongres AS mahu bantuan kepada Malaysia bersyarat

Published

on

Foto: Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Greg Landsman.
  • Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Greg Landsman mahu bantuan Washington kepada Malaysia disertai syarat supaya kerajaan negara ini tidak mendiskriminasi Israel, yang disifatkannya sebagai sekutu AS.
  • “Amerika Syarikat sememangnya menyalurkan wang kepada Malaysia dan kita tidak seharusnya menghukum rakyat Malaysia atas tindakan kerajaan mereka. Kita mesti menjelaskan bahawa bantuan kita diberikan dengan jangkaan mereka tidak mendiskriminasi sekutu kita secara terang-terangan,” katanya dalam satu kenyataan.

CINCINNATI – Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Greg Landsman mahu bantuan Washington kepada Malaysia disertai syarat supaya kerajaan negara ini tidak mendiskriminasi Israel, yang disifatkannya sebagai sekutu AS.

Landsman berkata, rakyat Malaysia tidak seharusnya dihukum atas tindakan kerajaan, namun Washington perlu menyampaikan pendirian tegas mengenai bantuan yang disalurkan.

“Amerika Syarikat sememangnya menyalurkan wang kepada Malaysia dan kita tidak seharusnya menghukum rakyat Malaysia atas tindakan kerajaan mereka. Kita mesti menjelaskan bahawa bantuan kita diberikan dengan jangkaan mereka tidak mendiskriminasi sekutu kita secara terang-terangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pejabatnya sedang menghubungi Kedutaan Malaysia secara langsung berhubung perkara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Landsman mendakwa Perdana Menteri Malaysia mengarahkan warga Israel dihantar pulang serta-merta.

Ahli politik Parti Demokrat dari Ohio itu turut menyifatkan tindakan berkenaan sebagai usaha mengusir orang Yahudi dari Malaysia.

“Mereka mengusir orang Yahudi dari Malaysia. Kita pernah melihat perkara ini sebelum ini. Penyingkiran orang Yahudi sudah bermula,” dakwanya.

Landsman turut mendakwa pihak yang menyasarkan orang Yahudi di negara masing-masing juga berusaha memusnahkan Israel. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author