Connect with us

Terkini

Calon bebas didakwa 10 hari selepas PRN Negeri Sembilan, Firdaus Wong persoal ‘timing’ SKMM

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • “Apakah ini satu bentuk intimidasi kepada mereka yang tidak berparti tetapi berani bersuara? SKMM menyerahkan Kertas Pertuduhan kepada Islah untuk satu kesalahan yang kononnya dilakukannya pada 14 Januari 2026 & akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada 11 Ogos 2026.
  • “ ‘Timing’ lawatan SKMM kepada Islah Wahyudi aka Randuk, calon bebas kerusi N33 Sri Tanjung untuk PRN N9 kali ini menimbulkan persoalan,” – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan masa tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap calon bebas kerusi N33 Sri Tanjung, Islah Wahyudi, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut Firdaus, SKMM telah menyerahkan kertas pertuduhan kepada Islah, yang turut dikenali sebagai Randuk, berhubung satu kesalahan yang didakwa dilakukan pada 14 Januari lalu.

Islah dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada 11 Ogos 2026, iaitu 10 hari selepas keputusan PRN Negeri Sembilan diumumkan pada 1 Ogos.

“Apakah ini satu bentuk intimidasi kepada mereka yang tidak berparti tetapi berani bersuara?

“‘Timing’ lawatan SKMM kepada Islah Wahyudi atau Randuk, calon bebas kerusi N33 Sri Tanjung untuk PRN Negeri Sembilan kali ini menimbulkan persoalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Firdaus turut mendakwa Islah pernah ditahan dan dilokap kerana lantang menyuarakan pandangannya.

Beliau kemudian mempersoalkan tindakan tersebut ketika Islah sedang bertanding dalam PRN, selain mengaitkannya dengan perjuangan calon berkenaan dalam isu hak tanah penduduk.

“Pengundi N33 Sri Tanjung yang beragama Islam, adakah anda merestui lawatan SKMM begini?

“Apabila yang mempertahankan hak tanah anda dilawat SKMM, tetapi penceroboh dan pembina kuil haram masih bebas?” soalnya.– The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author