Connect with us

Terkini

Anggota Kabinet terlibat rasuah wajib digugurkan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan mereka. 

Wartawan TMT

Published

on

Anggota Kabinet terlibat rasuah wajib digugurkan - PM Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah dan beliau juga mengarahkan SPRM mengambil tindakan terhadap jemaah Menteri yang didapati terlibat salah laku itu. 
  • “Sudah setahun lebih kita memerintah… banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang kalau mereka ada rasuah, dan kalau ada, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman – hukum. 
  • “Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah, dan ingatan itu jelas,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan mereka. 

Beliau berkata tindakan itu bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah, dan beliau juga telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan terhadap jemaah Menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu. 

“Sudah setahun lebih kita memerintah… banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang kalau mereka ada rasuah, dan kalau ada, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman – hukum. 

“Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah, dan ingatan itu jelas.

“…kalau ada (rasuah), saya akan kata jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang berkenaan wajib digugurkan, baru negara selamat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Anwar berkata beliau juga menasihati jemaah Menteri untuk menilai dan mengkaji sebarang projek yang telah diluluskan, sebelum meneruskannya bagi memastikan prosesnya telus, bersih dan kemungkinan ia boleh menjimatkan.

Beliau berkata perkara sebegitu penting untuk diteliti supaya wang rakyat dapat diselamatkan dan seterusnya dipulangkan semula kepada rakyat untuk manfaat bersama. 

“Namun ia memerlukan kerjasama untuk tolong selamatkan negara ini dengan lapor sesiapa yang melanggar (undang-undang), baru boleh kita serah kepada SPRM untuk bertindak, kerana ini bukan kerja SPRM sahaja, ini kerja kita, dengar, lapor dan jangan fitnah, jangan khianat.

“Sebab itu saya cadangkan SPRM, untuk adakan wacana sedemikian di seluruh negara dan membicarakan rasuah,…kerana ramai dalam kalangan elit, sama ada politik, korporat dan pengurusan negara agak tak senang dengan wacana mengenai rasuah sebab mereka hidup dan bergelumang dengan itu,” katanya. 

Perdana Menteri turut mempersoal sikap pemimpin pembangkang yang dilihat masih membisu dan tidak menyatakan sebarang sokongan terhadap usaha SPRM menyiasat golongan atasan yang dikaitkan dengan isu rasuah. 

Malah, Anwar berkata pihak berkenaan pula sebaliknya menuduh siasatan yang dilakukan terhadap ‘maha kaya’ itu kerana dendam kesumat. 

“Saya lihat di Parlimen, pembangkang menggelupur seolah-olah marah, benci. Tidak ada suara pembangkang yang sokong langkah membanteras rasuah, bagi saya aneh. 

“Saya semasa menjadi pembangkang, bila ada cadangan pemerintah usul SPRM, saya dukung, malah saya kata belum cukup berani dan baru-baru ini ada tindakan SPRM terhadap salah satu tokoh besar yang dianggap paling ‘maha kaya’, belum ada suara daripada pembangkang,” katanya. – BERNAMA

Author

Terkini

Syarikat arak sumbang derma, Dong Jiao Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.
  • “Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.
  • Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 
  • KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.
  • “Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina,” kata Dong Jiao Zong.

KUALA LUMPUR — Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Dong Jiao Zong berkata selagi syarikat terbabit menjalankan perniagaan sah dan menyalurkan sumbangan atau derma tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat itu dan membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Sokongan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan dan syarikat memainkan tanggungjawab sosial mereka akan menjadikan pengumpulan sumber lebih efektif. 

“Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.

Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah.

Foto: Tangkap layar hantaran Ketua Pemuda PAS Selangor di Facebooknya.

Isu itu juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018, justeru pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Mengulas kenyataan KPM, Dong Jiao Zong mengingatkan pihak berkuasa untuk mengekalkan penilaian profesional dan rasional serta tidak terpengaruh dengan bahasa politik. 

“Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina.

“Perlu diketahui, sekolah Cina telah lama menghadapi masalah seperti bangunan yang uzur, kekurangan infrastruktur dan dana yang tidak mencukupi. 

“Selama 30 tahun lalu, syarikat alkohol TIGER bersama-sama individu prihatin telah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina, dengan berjaya mengumpul ratusan juta ringgit untuk beratus-ratus sekolah Cina di seluruh negara. 

“Sumbangan ini yang menguntungkan ramai pelajar sepatutnya dipuji, namun kini telah diputarbelitkan dengan tujuan mencetuskan konflik perkauman, merosakkan keharmonian masyarakat,” kata kumpulan pendidikan Cina itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending