Connect with us

Terkini

Diletak dalam Senarai Pengganas FBI, dua pemimpin NGO Islam mahukan penjelasan

Dua pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) menuntut penjelasan alasan mereka berada di bawah pemerhatian agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS) itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (kiri) dan bekas Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam, Datuk Abu Bakar Abdul (kanan).
  • Dua pemimpin NGO Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) menuntut penjelasan alasan mereka berada di bawah pemerhatian agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS) itu.
  • “Saya percaya semua pihak yang terbabit dalam perkara ini masih tertanya-tanya, apa sebab nama mereka tersenarai, termasuklah saya sendiri kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Alasan paling logik buat masa ini ialah saya pernah ditahan di Jordan pada 2017 kerana menolong pelarian Syria,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dipetik Berita Harian pada Ahad.
  • Ahmad Musa berkata beliau tidak terlalu risaukan dirinya, sebaliknya bimbang tindakan FBI itu akan menjejaskan operasi CSM, terutama pengurusan sekolah untuk anak-anak pelarian Syria yang dikelola NGO berkenaan.
  • Bekas Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul berkata beliau tidak pernah menerima makluman terus mengenai namanya disenaraikan FBI dalam TCS.
  • “Saya juga tak pernah menaja atau beri sebarang bentuk bantuan atau sokongan kepada kumpulan seperti itu, sangat pelik,” kata Abu Bakar Abdul yang tidak pasti bagaimana boleh disenaraikan, sedangkan beliau tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dilabel atau didakwa pengganas. 
  • Minggu lalu media melaporkan, tular satu surat dikeluarkan Kementerian Luar kepada Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan, Jismi Azhari Johari bahawa Abu Bakar, Ahmad Musa dan Awang Suffian Awang Piut dari Aman Palestin, masing-masing daripada tiga NGO Islam di negara ini disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

KUALA LUMPUR — Dua pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) menuntut penjelasan alasan mereka berada di bawah pemerhatian agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS) itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dan bekas Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang notis atau makluman rasmi mengenai perkara itu.

Ahmad Musa yang memimpin CSM dalam misi kemanusiaan dan bantuan kepada pelarian Syria, menegaskan beliau tidak tahu mengapa namanya tersenarai dalam TSC dan berharap ada penjelasan daripada pihak berkaitan.

“Saya percaya semua pihak yang terbabit dalam perkara ini masih tertanya-tanya, apa sebab nama mereka tersenarai, termasuklah saya sendiri kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Alasan paling logik buat masa ini ialah saya pernah ditahan di Jordan pada 2017 kerana menolong pelarian Syria.

“Mungkin senarai FBI itu ada kaitan dengan kes di Jordan, selebihnya tak tahu apa justifikasi FBI letak nama saya dalam senarai berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian pada Ahad.

Ahmad Musa menjelaskan segala bentuk bantuan disalurkan CSM untuk Palestin dibuat melalui NGO lain, termasuk gabungan MyAqsar Defenders (MAD).

“Tiada yang kita beri (bantuan) secara terus sendiri, itu yang kita tak tahu mengapa sebab (disenaraikan). Saya rasa tiada kaitan operasi bantuan kemanusian yang terkini, sebab kita tidak ada buat apa-apa.

“Menerusi CSM, kita memang biasa ke Syria untuk misi bantuan, tapi itu pun ada makluman kepada Wisma Putra, segala urusan dibuat bersama kedutaan Malaysia di Turki, semuanya melalui cara yang sah,” katanya.

Ahmad Musa berkata beliau tidak terlalu risaukan dirinya, sebaliknya bimbang tindakan FBI itu akan menjejaskan operasi CSM, terutama pengurusan sekolah untuk anak-anak pelarian Syria yang dikelola NGO berkenaan.

Katanya, ketiga ini terdapat tiga pusat pendidikan didirikan CSM, masing-masing di Jordan dan Turkiye serta di Bandar Sri Putra, Bangi untuk anak pelarian Syria di Malaysia.

“Saya harap dapat penjelasan lanjut daripada FBI kerana dimaklumkan mungkin berdepan kesulitan sekiranya mahu melakukan perjalanan ke luar negara,” katanya.

Minggu lalu media melaporkan, tular satu surat dikeluarkan Kementerian Luar kepada Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan, Jismi Azhari Johari bahawa Abu Bakar, Ahmad Musa dan Awang Suffian Awang Piut dari Aman Palestin, masing-masing daripada tiga NGO Islam di negara ini disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Menerusi surat berkenaan juga, Kementerian Luar meminta Sekretariat Induk Ops Ihsan mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu itu tidak lagi terbabit dengan misi mengurus penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari mengesahkan kesahihan surat berkenaan yang diterimanya daripada Kementerian Luar, Bahagian Asia Barat pada Khamis lalu, namun tidak menyangka dokumen itu dibocor dan ditularkan di media sosial.

Ops Ihsan merupakan inisiatif dilancarkan Kementerian Luar bersama dengan Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, MERCY Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor, dan BeVital sebagai koordinator utama dan mendapat sokongan serta kerjasama padu 38 NGO lain.

Ia terhasil melalui kolaborasi dengan Kementerian Luar Negeri dan Agensi Kerajaan sebagai inisiatif terkehadapan di dalam merangkumkan usaha NGO atas pendekatan solidariti bagi usaha bantuan kemanusiaan ke Palestin

Sementara itu, Abu Bakar berkata beliau tidak pernah menerima makluman terus mengenai namanya disenaraikan FBI dalam TCS.

“Cuma rakan-rakan beritahu dan daripada salinan surat yang tular. Amat hairan bagaimana nama saya terkait sebab setahu saya, saya memang tidak ada terbabit dengan mana-mana pihak, individu atau kumpulan dianggap pengganas, di dalam atau di luar negara.

“Saya juga tak pernah menaja atau beri sebarang bentuk bantuan atau sokongan kepada kumpulan seperti itu, sangat pelik,” katanya tidak pasti bagaimana boleh disenaraikan, sedangkan beliau tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dilabel atau didakwa pengganas.

Abu Bakar berkata beliau akan meminta Kementerian Luar memberikan maklumat lebih lengkap bagaimana namanya boleh tersenarai dalam pemerhatian FBI berkait aktiviti pengganas.

Dalam perkembangan lain,  Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini dilaporkan akan menyemak fakta berhubung tindakan FBI menyenaraikan ketiga-tiga pemimpin badan berkenaan dalam TSC.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berhubung perkara itu bagi mendapatkan gambaran lebih tepat. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Rumah terbuka Aidilfitri dicemari aksi lucah ratu pondan, Majlis agama digesa ambil peduli

Sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini dicemari dengan kehadiran ‘drag queen’ (lelaki berpakaian wanita) atau ratu pondan yang dilihat berpakaian seksi dan beraksi tidak senonoh.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Lelaki berpakaian wanita atau ratu pondan yang dilihat berpakaian seksi dan beraksi tidak senonoh.
  • Sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini dicemari dengan kehadiran ‘drag queen’ (lelaki berpakaian wanita) atau ratu pondan yang dilihat berpakaian seksi dan beraksi tidak senonoh.
  • Video itu dikongsikan di Facebook SweetDara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM yang memaparkan rakaman suaminya sendiri, Razman Ramli dihimpit individu dari kelompok LGBT di meja makan sebelum Razman ‘dipaksa’ untuk menyentuh ‘payudara’ ratu pondan berkenaan.
  • Dalam insiden itu, kedengaran sama-samar suara individu lain dipercayai pengacara majlis itu yang mengarahkan individu LGBT berkenaan untuk beraksi tidak senonoh ke atas suami Kak KM.
  • “Txtxk itu rasa…beza dak?Beza dak?Kak KM tak tidur malam laa tengok Ruhainies kedua,” kata pengacara majlis itu yang kedengaran samar susulan insiden itu diiringi dengan gelak tawa wanita dan muzik.
  • “Kau jahatlah mulut, kau,” kata seorang wanita dipercayai Kak KM yang mengalihkan rakaman kepada pengacara majlis itu sebelum ia kembali fokus kepada Razman yang terlihat tergamam dan sekadar tersengih.
  • Rakaman video itu mengundang kritikan netizen yang menuntut majlis agama supaya mengambil tindakan terhadap insiden mengaibkan berkenaan, malah ada di antara mereka meminta supaya perniagaan Kak KM tidak disokong oleh masyarakat. 

KUALA LUMPUR — Sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini dicemari dengan kehadiran ‘drag queen’ (lelaki berpakaian wanita) atau ratu pondan yang dilihat berpakaian seksi dan beraksi tidak senonoh.

Video itu dikongsikan di Facebook SweetDara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM yang memaparkan rakaman suaminya sendiri, Razman Ramli dihimpit individu dari kelompok LGBT di meja makan sebelum Razman ‘dipaksa’ untuk menyentuh ‘payudara’ ratu pondan berkenaan.

Insiden itu disaksikan beberapa ahli keluarga wanita itu dan tetamu lain yang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri berkenaan.

Dalam insiden itu, kedengaran sama-samar suara individu lain dipercayai pengacara majlis itu yang mengarahkan individu LGBT berkenaan untuk beraksi tidak senonoh ke atas suami Kak KM.

“Txtxk itu rasa…beza dak?Beza dak?Kak KM tak tidur malam laa tengok Ruhainies kedua,” kata pengacara majlis itu yang kedengaran samar susulan insiden itu diiringi dengan gelak tawa wanita dan muzik.

“Kau jahatlah mulut, kau,” kata seorang wanita dipercayai Kak KM yang mengalihkan rakaman kepada pengacara majlis itu sebelum ia kembali fokus kepada Razman yang terlihat tergamam dan sekadar tersengih.

“Demam papa aku, balik demam,” kata anak perempuan kepada pasangan itu. 

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook SweetDara_kak Km K.L

Rakaman video itu mengundang kritikan netizen Muslim yang menuntut majlis agama supaya mengambil tindakan terhadap insiden mengaibkan berkenaan, malah ada di antara mereka meminta supaya perniagaan Kak KM tidak disokong oleh masyarakat. 

Malah, ini bukan kali pertama usahawan wanita itu mendapat kritikan dan pernah ditegur pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun pada 2021 dalam isu berbeza kerana didakwa teknik pemasaran yang digunakan agak keterlaluan dan lucah. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending