Connect with us

Antarabangsa

Pencerobohan rejim Israel, 300,000 keluar dari Rafah – UNRWA

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) semalam berkata kira-kira 300,000 orang melarikan diri dari Rafah menjelang kemungkinan besar pencerobohan berskala penuh Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) semalam berkata kira-kira 300,000 orang melarikan diri dari Rafah menjelang kemungkinan besar pencerobohan berskala penuh Israel.
  • “Sepanjang minggu lalu, UNRWA menganggarkan sekitar 300,000 orang telah meninggalkan Rafah, ketika mana pemindahan paksa dan tidak berperikemanusiaan warga Palestin berterusan. 
  • “Tiada tempat yang selamat untuk dituju. Tiada tempat yang selamat untuk dituju. Tiada tempat yang selamat untuk dituju,” tulis UNRWA di platform media sosial X.
  • The Hill melaporkan Pasukan Pendudukan Israel (IOF) berkata di media sosial bahawa kira-kira 300,000 penduduk Gaza berpindah dari Rafah ke kawasan kemanusiaan di Al-Mawasi.
  • Israel merancang untuk melakukan operasi di Rafah selama berbulan-bulan walaupun pentadbiran Biden berulang kali memberi amaran terhadap tindakan yang tidak mengemukakan rancangan untuk melindungi orang awam itu.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) semalam berkata kira-kira 300,000 orang melarikan diri dari Rafah menjelang kemungkinan besar pencerobohan berskala penuh Israel.

“Sepanjang minggu lalu, UNRWA menganggarkan sekitar 300,000 orang telah meninggalkan Rafah, ketika mana pemindahan paksa dan tidak berperikemanusiaan warga Palestin berterusan. 

“Tiada tempat yang selamat untuk dituju. Tiada tempat yang selamat untuk dituju. Tiada tempat yang selamat untuk dituju,” tulis UNRWA di platform media sosial X.

UNRWA merupakan agensi PBB yang memberikan bantuan kepada pelarian Palestin. 

The Hill melaporkan Pasukan Pendudukan Israel (IOF) berkata di media sosial bahawa kira-kira 300,000 penduduk Gaza berpindah dari Rafah ke kawasan kemanusiaan di Al-Mawasi.

Israel merancang untuk melakukan operasi di Rafah selama berbulan-bulan walaupun pentadbiran Biden berulang kali memberi amaran terhadap tindakan yang tidak mengemukakan rancangan untuk melindungi orang awam itu.

Israel memasuki Rafah minggu lalu dan bertindak merampas lintasan sempadan bantuan kemanusiaan dan dikatakan masih belum melancarkan operasi lebih luas.

Israel mengeluarkan arahan perpindahan di Rafah pada Sabtu susulan rancangan untuk mengembangkan operasi ketenteraannya. 

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata pada Ahad bahawa AS  masih belum melihat rancangan bagaimana Israel merancang untuk melindungi orang awam. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending