Terkini
Malaysia nyatakan sokongan peranan Qatar dalam rundingan damai di Palestin
Malaysia menyatakan sokongan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Qatar dalam usaha menyelesaikan keganasan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.
- Malaysia menyatakan sokongan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Qatar dalam usaha menyelesaikan keganasan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi catatan di Facebook hari ini berkata beliau telah merakamkan sokongan Malaysia kepada Qatar dalam pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani di Doha pada Ahad.
- Mohamad kini berada di Qatar bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan lawatan rasmi ke Qatar hari ini sehingga 14 Mei.
- “Kami membincangkan rangka kerja untuk mempertingkatkan lagi hubungan baik dua hala yang sedia ada di antara Malaysia dan Qatar yang telah terjalin sejak 50 tahun dahulu,” katanya dipetik BERNAMA.
KUALA LUMPUR – Malaysia menyatakan sokongan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Qatar dalam usaha menyelesaikan keganasan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi catatan di Facebook hari ini berkata beliau telah merakamkan sokongan Malaysia kepada Qatar dalam pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani di Doha pada Ahad.
Mohamad kini berada di Qatar bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan lawatan rasmi ke Qatar hari ini sehingga 14 Mei.
“Kami membincangkan rangka kerja untuk mempertingkatkan lagi hubungan baik dua hala yang sedia ada di antara Malaysia dan Qatar yang telah terjalin sejak 50 tahun dahulu,” katanya.
Menurut Mohamad hubungan dagangan dan pelaburan antara kedua negara di peringkat yang baik dan Qatar menyatakan hasrat untuk mempertingkatkan lagi pelaburan mereka di Malaysia.
Sementara itu Wisma Putra menerusi satu catatan di Facebook berkata dalam pertemuan itu, Mohamad mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawat beliau atas peranan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menurut Wisma Putra Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar turut berkongsi mengenai situasi di Timur Tengah, khususnya konflik Palestin-Israel, yang memerlukan usaha berterusan berdasarkan kepada dinamik hubungan antara kuasa besar dan Israel.
“Kedua belah pihak menekankan keperluan gencatan senjata segera yang kekal dan menekankan kepentingan rundingan yang sedang berlangsung,” menurut catatan Facebook itu.
Menurut Wisma Putra, ucapan Perdana Menteri Anwar semasa lawatan rasmi beliau ke Jerman dilihat sebagai titik perubahan pandangan komuniti global terhadap tindakan agresif dan genosid Israel terhadap Palestin.
Sementara itu, Wisma Putra berkata dalam pertemuan yang berlangsung, kedua-dua belah pihak menyentuh secara ringkas peranan Malaysia yang akan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN – GCC (Majlis Kerjasama Teluk) semasa Kepengerusian ASEAN Malaysia pada 2025.
Perkara utama yang dibincangkan semasa kunjungan hormat ini tertumpu dalam mengukuhkan hubungan dua hala melalui Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi (HLJC) dan Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA).
Menteri Luar turut memanjangkan jemputan kepada Perdana Menteri Qatar untuk melawat Malaysia, menurut Wisma Putra. – BERNAMA
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar