Connect with us

Antarabangsa

Penentangan di Gaza, 50 tentera zionis Israel cedera dalam sehari

Tentera pendudukan Israel semalam mengakui kumpulan penentangan Palestin menyebabkan jumlah kecederaan paling tinggi sejak bermulanya serangan Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera pendudukan Israel semalam mengakui kumpulan penentangan Palestin menyebabkan jumlah kecederaan paling tinggi sejak bermulanya serangan Gaza.
  • Tentera Israel pada Ahad berkata 50 pegawai dan askarnya cedera dalam satu hari semasa pertempuran di Gaza.
  • Palestine Chronicle melaporkan kumpulan penentangan memberitahu bahawa mereka berhadapan dengan tentera Israel di tiga medan pertempuran berbeza dan menjalankan beberapa operasi dan serangan hendap di seluruh wilayah Gaza.
  • Mereka tercedera termasuk Brigedier Jeneral Yogav Bar-Shesht, timbalan pemerhati sistem keselamatan Israel, yang cedera dalam pertempuran di kejiranan Zaytoun di Gaza City pada Jumaat.
  • The Times of Israel melaporkan Shesht, pegawai tertinggi IOF (Tentera Pendudukan Israel) yang cedera semasa pertempuran di Gaza, dibawa ke Hospital Ichilov untuk rawatan.

Tentera pendudukan Israel semalam mengakui kumpulan penentangan Palestin menyebabkan jumlah kecederaan paling tinggi sejak bermulanya serangan Gaza.

Tentera Israel pada Ahad berkata 50 pegawai dan askarnya cedera dalam satu hari semasa pertempuran di Gaza.

Palestine Chronicle melaporkan kumpulan penentangan memberitahu bahawa mereka berhadapan dengan tentera Israel di tiga medan pertempuran berbeza dan menjalankan beberapa operasi dan serangan hendap di seluruh wilayah Gaza.

Mereka tercedera termasuk Brigedier Jeneral Yogav Bar-Shesht, timbalan pemerhati sistem keselamatan Israel, yang cedera dalam pertempuran di kejiranan Zaytoun di Gaza City pada Jumaat.

The Times of Israel melaporkan Shesht, pegawai tertinggi IOF (Tentera Pendudukan Israel) yang cedera semasa pertempuran di Gaza, dibawa ke Hospital Ichilov untuk rawatan.

Laporan media Israel berkata dia mengiringi pasukan briged infantri Nahal di kawasan kejiranan Zaytoun.

Tentera Israel kini sedang melakukan pencerobohan di Jabaliya, utara Gaza, dikawasan kejiranan Zaytoun di Gaza City dan di kawasan kejiranan timur Rafah di selatan.

Ketiga-tiga operasi itu berlaku di bawah tembakan intensif yang mengakibatkan kematian dan kecederaan puluhan rakyat Palestin dan pengusiran puluhan ribu lain.

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 35,034 orang terbunuh dan 78,755 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel ialah 1,139 maut dengan puluhan mereka dilaporkan masih ditawan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *