Connect with us

Terkini

Libatkan pandangan negeri, ulama dan ahli akademik perkasa Mahkamah Syariah – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam menjalankan libat urus di peringkat negeri, ulama dan ahli akademik bagi memperkasakan sistem mahkamah syariah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 15 Februari lalu.
  • “Saya sudah minta, saya nak jawatankuasa bincang dengan negeri, ulama, mufti dan ahli akademik. Biar kita dengar semua, putuskan, kemuka pandangan dan kita teliti dari segi Perlembagaan, Jabatan Peguam Negara, kemudian Majlis Raja-Raja bawa balik kepada jemaah menteri.
  • “Jemaah menteri mesti putuskan dan bawa ke Parlimen dan ahli Parlimen kena bersetuju pindaan perlembagaan, dua pertiga daripada ahli Parlimen, itu prosesnya,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik Astro Awani di Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024, di Taman Tasik Titiwangsa pada Ahad.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam menjalankan libat urus di peringkat negeri, ulama dan ahli akademik bagi memperkasakan sistem mahkamah syariah.

Perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 15 Februari lalu.

Anwar berkata keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 baru-baru ini telah digunakan untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Saya sudah minta, saya nak jawatankuasa bincang dengan negeri, ulama, mufti dan ahli akademik. Biar kita dengar semua, putuskan, kemuka pandangan dan kita teliti dari segi Perlembagaan, Jabatan Peguam Negara, kemudian Majlis Raja-Raja bawa balik kepada jemaah menteri.

“Jemaah menteri mesti putuskan dan bawa ke Parlimen dan ahli Parlimen kena bersetuju pindaan perlembagaan, dua pertiga daripada ahli Parlimen, itu prosesnya.

“Dahulu ada buat? Tak. Anda boleh semak, kita ada jawatankuasa dibuat untuk kaji tetapi mereka guna ini untuk pecah belahkan kita,” katanya dipetik Astro Awani di Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024, di Taman Tasik Titiwangsa pada Ahad.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel itu dilaporkan sebagai berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Dalam pada itu, Anwar juga menyelar pihak yang sengaja mempolitikkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, sedangkan ia bermula semasa beliau belum menjadi perdana menteri.

“Mahkamah Persekutuan buat keputusan pertama pada 2021 dalam urusan kes Selangor, menolak keputusan Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Ada bantahan? Ada kecaman? Tidak ada, kerana mereka dalam kerajaan ketika itu.

“Kemudian timbul kes di Kelantan pada 2021 dan 2022. Saya belum menjadi perdana menteri.

“Sekarang, apabila kita berkuasa dan keputusan dibuat, kita diserang dan dicerca, termasuk Ketua Hakim Negara, sedangkan beliau membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan,” kata Anwar. — The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending