Connect with us

Terkini

Perbetulkan keputusan kes Nik Elin dengan pinda Perlembagaan Persekutuan – Peguam

Keputusan kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid wajar diperbetulkan menerusi pindaan Jadual  Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri), item satu Perlembagaan Persekutuan, iaitu dengan mengeluarkan klausa pengecualian dalam gubalan Undang-Undang Syariah negeri, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Nik Elin (kiri) dan Peguam, Haniff Khatri Abdulla (kanan).
  • Keputusan kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid wajar diperbetulkan menerusi pindaan Jadual  Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri), item satu Perlembagaan Persekutuan, iaitu dengan mengeluarkan klausa pengecualian dalam gubalan Undang-Undang Syariah negeri, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.
  • Haniff berkata jika pindaan itu dilakukan maka mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menggubal Undang-Undang Syariah walaupun ia bertindan undang-undang Sivil.
  • Ini kerana pindaan itu akan membenarkan Muslim yang membuat kesalahan tertakluk kepada mangsa jika orang Islam dibawa ke Mahkamah Syariah, dan jika mangsanya atau pelakunya bukan Islam maka ia tertakluk Undang-Undang Jenayah Sivil yang biasa. 
  • “Ini adalah tanggungjawab ahli politik dewan rakyat lakukan, bukan pihak lain, bukan mahkamah, bukan peguam, bukan rakyat biasa. Jadi kita berhentikan menjadikan isu ini satu drama kerana rakyat tidak berhak ditipu atau diseleweng dengan auta yang bukan fakta,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Jumaat lalu.
  • Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu, mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat, adalah terbatal dan tidak sah.
  • Tengku Maimun dalam penghakimannya dilaporkan berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

KUALA LUMPUR — Keputusan kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid wajar diperbetulkan menerusi pindaan Jadual  Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri), item satu Perlembagaan Persekutuan, iaitu dengan mengeluarkan klausa pengecualian dalam gubalan Undang-Undang Syariah negeri, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Haniff berkata jika pindaan itu dilakukan maka mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menggubal Undang-Undang Syariah walaupun ia bertindan undang-undang Sivil.

Ini kerana pindaan itu akan membenarkan Muslim yang membuat kesalahan tertakluk kepada mangsa jika orang Islam dibawa ke Mahkamah Syariah, dan jika mangsanya atau pelakunya bukan Islam maka ia tertakluk Undang-Undang Jenayah Sivil yang biasa. 

“Justeru sepatutnya kesemua kerajaan tersebut (perdana menteri dari 2021 hingga kini) apatah lagi kerajaan yang wujud sekarang jika mereka mengatakan dua per tiga sokongan majoriti di Parlimen boleh pada bila-bila masa membawa pindaan ini ke Parlimen seawal persidangan mesyuarat mulai 26 Februari akan datang.

“Ia bagi membentangkan RUU pindaan Perlembagaan berkaitan Jadual 9 Senarai 2 Item 1 untuk menyahsenaraikan klausa pengecualian tersebut,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Jumaat lalu.

Haniff berkata cadangan pindaan itu telah dibuat sejak 18 Mac 2021, bagaimanapun pemimpin politik daripada kerajaan Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin (2020-2021), Datuk Seri Ismail Sabri (2021-2022) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (2022-kini) gagal membawanya ke Parlimen dengan segera.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat, adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel itu dilaporkan sebagai berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Mengulas lanjut, Haniff berkata adalah salah bagi mana-mana pemimpin politik untuk menunding jari kepada mahkamah ke atas keputusan kes Nik Elin ataupun Iki Putra kerana mahkamah hanya boleh memberi tafsiran dan takrifan kepada undang-undang bertulis sama ada Perlembagaan mahupun undang-undang biasa ataupun enakmen-enakmen negeri. 

“Untuk memartabatkan kuasa gubalan undang-undang dewan negeri ianya adalah tanggungjawab dewan rakyat dan dewan negara, Parlimen untuk meminda undang-undang tertinggi Malaysia. 

“Oleh itu, saya syorkan semua pihak mengambil keputusan ini dengan objektif, dengan hati terbuka dan jalankan tanggungjawab anda lebih-lebih lagi semua wakil rakyat beragama Islam tidak mengira parti mana sekali pun untuk menyokong dan menyegerakan pindaan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan supaya pindaan Perlembagaan itu dibawa ke Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Ia bagi membolehkannya disahkan dan dimajukan untuk tujuan penerimaan Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja serta dibentangkan segera di Parlimen.

“Ini adalah tanggungjawab ahli politik dewan rakyat lakukan, bukan pihak lain, bukan mahkamah, bukan peguam, bukan rakyat biasa. Jadi kita berhentikan menjadikan isu ini satu drama kerana rakyat tidak berhak ditipu atau diseleweng dengan auta yang bukan fakta. 

“Faktanya adalah perlembagaan perlu dipinda, Jadual 9 Senarai 2 item 1 seperti yang dinyatakan tadi,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending