Connect with us

Terkini

(VIDEO) SIS khilaf berpandangan keputusan Mahkamah Persekutuan kemenangan prinsip kesamarataan

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang dilihat Sister In Islam (SIS) sebagai kemenangan buat prinsip kesamarataan adalah satu fahaman khilaf.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Muhamad Asri Abdullah (kiri) dan Peguam, Haniff Khatri Abdulla (kanan).
  • Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata fahaman khilaf itu timbul kerana SIS tidak memahami undang-undang negara ini dan perlembagaan yang meletakkan sistem negara untuk ditadbir sama rata dan saksama bagi semua rakyat berkaitan isu pokok, namun apabila melibatkan isu agama Islam ia ditadbir urus untuk kelompok beragama Islam.
  • Haniff berkata beliau tidak boleh menerima ataupun bersetuju dengan pandangan SIS berkaitan keputusan Nik Elin mahupun Iki Putra yang kononnya memberi sama rata antara orang bukan Islam dengan individu Islam kerana pandangan itu sendiri mempunyai asas yang khilaf.
  • “Mereka nak samakan kedudukan mereka dengan orang bukan Islam, disitulah mereka khilaf, sebab bagi saya kalau kita menganut mana-mana agama, macam kita orang Islam menganut agama Islam maka kita letakkan kedudukan kita di bawah agama kita, adalah untuk agama tentukan hak kita bukan kita tentukan hak agama,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times selepas tamat siaran langsung program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: ‘Kuasa mahkamah mudah dicabar, mana silapnya?’ di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.
  • Senada dengan Haniff, bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Muhamad Asri Abdullah turut melihat pandangan SIS itu sebagai salah kerana sebagai individu Islam kita berbeza dengan bukan Islam.
  • Beliau berkata misalnya apabila melibatkan konsep liwat, bagi individu bukan Islam jika ia melibatkan perbuatan rela atau suka sama suka maka ia tidak salah, namun bagi Islam perbuatan itu tetap salah.

KUALA LUMPUR — Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang dilihat Sister In Islam (SIS) sebagai kemenangan buat prinsip kesamarataan adalah satu fahaman khilaf.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata fahaman khilaf itu timbul kerana SIS tidak memahami undang-undang negara ini dan perlembagaan yang meletakkan sistem negara untuk ditadbir sama rata dan saksama bagi semua rakyat berkaitan isu pokok, namun apabila melibatkan isu agama Islam ia ditadbir urus untuk kelompok beragama Islam.

“Isu agama Islam diletakkan untuk diurus tadbir untuk orang Islam, apa masalahnya, di manakah ketidak samarataannya? Jika syariah dibenarkan wujud untuk orang Islam, kenapakah orang Islam perlu dipaksa untuk diterima hukuman-hukuman jenayah yang dikhususkan di bawah sivil sahaja? 

“Kenapakah orang Islam tidak boleh dibenarkan diadili melalui sistem jenayah syariah dalam keadaan yang tidak ada undang undang tersebut di dalam sivil?

“Kenapakah itu tak menjadi sama rata, sedangkan kalau mereka SIS membaca Perkara 8 Perlembagaan mengatakan diskriminasi tidak boleh dilakukan berkaitan jantina dan sebagainya termasuk agama,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times selepas tamat siaran langsung program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: ‘Kuasa mahkamah mudah dicabar, mana silapnya?’ di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

Turut diundang sebagai panelis ialah bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Muhamad Asri Abdullah.

Beliau mengulas kenyataan SIS yang mengatakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah, merupakan kemenangan buat prinsip kesamarataan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau latar belakang etnik.

SIS berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu menandakan kejayaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu undang-undang tertinggi negara dalam menekankan prinsip undang-undang yang sama untuk semua rakyat. 

Sebelum ini, panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel itu dilaporkan sebagai berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Mengulas lanjut, Haniff berkata beliau tidak boleh menerima ataupun bersetuju dengan pandangan SIS berkaitan keputusan Nik Elin mahupun Iki Putra yang kononnya memberi sama rata antara orang bukan Islam dengan individu Islam kerana pandangan itu sendiri mempunyai asas yang khilaf.

“Mereka nak samakan kedudukan mereka dengan orang bukan Islam, disitulah mereka khilaf, sebab bagi saya kalau kita menganut mana-mana agama, macam kita orang Islam menganut agama Islam maka kita letakkan kedudukan kita di bawah agama kita, adalah untuk agama tentukan hak kita bukan kita tentukan hak agama.

So kalau kita benar-benar menganut agama, maka kita patut hormati hak agama itu untuk menentukan cara hidup kita dan kita patut benarkan kita tertakluk kepada nilai-nilai, keperluan-keperluan undang-undang agama itu,” katanya.

Senada dengan Haniff, bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Muhamad Asri Abdullah turut melihat pandangan SIS itu sebagai salah kerana sebagai individu Islam kita berbeza dengan bukan Islam.

Beliau berkata misalnya apabila melibatkan konsep liwat, bagi individu bukan Islam jika ia melibatkan perbuatan rela atau suka sama suka maka ia tidak salah, namun bagi Islam perbuatan itu tetap salah.

“Misalnya juga mengenai berjudi, kalau dalam Islam kalau sama ada berlesen atau tidak berlesen adalah salah. Kita tidak boleh sama rata. Kita boleh sama rata perkara berkaitan dengan negara ataupun keselamatan.

“… tetapi kalau berkaitan perintah agama, Islam suruh kita jangan berjudi, jangan minum arak, jangan bersekedudukan, jangan sumbang mahram, jangan jadikan maksiat sebagai sumber pendapatan itu berbeza,” katanya. 

Muhamad Asri berkata amat malang sekiranya kita tinggal di negara merdeka, namun tidak bebas untuk mengamalkan kepercayaan agama kita. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending