Terkini
Akaun Fleksibel tidak mampu ‘melegakan’ kesusahan rakyat – Wan Saiful
Pembukaan Akaun III atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula tahun depan dikatakan tidak mampu ‘melegakan’ kesusahan dihadapi rakyat sekarang.

- Pembukaan Akaun III atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula tahun depan dikatakan tidak mampu ‘melegakan’ kesusahan dihadapi rakyat sekarang.
- Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Akaun Fleksibel yang diperkenalkan menyukarkan rakyat untuk menyelesaikan situasi sukar sedangkan, pengeluaran KWSP bersasar membolehkan pencarum menyelesaikan masalah mereka serta merta.
- “Ada di antara mereka yang perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dengan segera. Ada yang kereta kena tarik, rumah kena lelong, kena halau dari rumah sewa malah lebih meruncing, dikejar oleh ceti haram.
- “Adalah tidak munasabah pembukaan Akaun Fleksibel akan menyelesaikan situasi sukar pencarum-pencarum ini.
- “Sedangkan, pengeluaran bersasar akan membolehkan pencarum menyelesaikannya serta merta. Bukankah itu lebih baik?” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
KUALA LUMPUR – Pembukaan Akaun III atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula tahun depan dikatakan tidak mampu ‘melegakan’ kesusahan dihadapi rakyat sekarang.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Akaun Fleksibel yang diperkenalkan menyukarkan rakyat untuk menyelesaikan situasi sukar sedangkan pengeluaran KWSP bersasar membolehkan pencarum menyelesaikan masalah mereka serta merta.
Wan Saiful berkata kerajaan gagal memahami situasi dihadapi pencarum KWSP yang terkesan.
“Ada di antara mereka yang perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dengan segera. Ada yang kereta kena tarik, rumah kena lelong, kena halau dari rumah sewa malah lebih meruncing, dikejar oleh ceti haram.
“Adalah tidak munasabah pembukaan Akaun Fleksibel akan menyelesaikan situasi sukar pencarum-pencarum ini.
“Sedangkan, pengeluaran bersasar akan membolehkan pencarum menyelesaikannya serta merta. Bukankah itu lebih baik?” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Wan Saiful berkata kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa kerajaan tidak bercadang melaksanakan sekali lagi pengeluaran bersasar daripada dana KWSP disifatkan sebagai angkuh kerana membayangkan kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat susah.
“Rayuan untuk membolehkan pengeluaran bersasar telah disuarakan oleh ramai individu dan pelbagai NGO malah telahpun kita dengar tuntutannya sebelum Belanjawan 2023 lagi.
“Lebih menyedihkan, pencarum merayu mengeluarkan wang tabungan mereka sendiri dan bukan wang kerajaan.
“Malangnya nak guna duit sendiri pun nampaknya kerajaan tak benarkan.” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 sebelum ini mengumumkan mengenai Akaun Fleksibel KWSP sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahlinya pada bila-bila masa.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata, akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasakan simpanan persaraan. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Wan Saiful
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas