Connect with us

Terkini

Kesedaran dakwah antara sepuluh sebab Melayu hantar anak belajar di SJKC – Ridhuan Tee

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggariskan sepuluh sebab mengapa orang Melayu menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).  

Avatar

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggariskan sepuluh sebab mengapa orang Melayu menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).  
  • Antara digariskan beliau adalah kesedaran dakwah bagi orang Islam, mempelajari bahasa asing demi sebuah maslahah dan menjadikan ia sebagai wasilah ataupun cara dalam berdakwah kepada manusia.
  • Menurutnya, orang Melayu menghantar anak mereka ke SJKC kerana kedudukan bahasa Melayu anak mereka sudah kukuh dan fasih. 
  • “Menguasai bahasa lain adalah suatu kredit atau tuntutan dalam Islam. Islam menggalakkan umatnya belajar bahasa asing agar tidak mudah ditipu, selain alat dakwah. 
  • “Maklumlah  sahajalah ultra kiasu hari ini menguasai ekonomi, boleh dikatakan semua notis dan iklan mereka dalam bahasa Cina, mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka menggunakan bahasa Cina, sebagai bahasa utama. Dengan adanya orang Melayu menguasai bahasa Cina, lebih memudahkan Melayu menghampiri orang Cina,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
  • Ridhuan Tee berkata demikian ketika mengulas persoalan dibangkitkan sayap Pemuda Pakatan Harapan (PH) mengenai tindakan pemimpin PAS  menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggariskan sepuluh sebab mengapa orang Melayu menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).  

Antara digariskan beliau adalah kesedaran dakwah bagi orang Islam, mempelajari bahasa asing demi sebuah maslahah dan menjadikan ia sebagai wasilah ataupun cara dalam berdakwah kepada manusia.

Menurutnya, orang Melayu menghantar anak mereka ke SJKC kerana kedudukan bahasa Melayu anak mereka sudah kukuh dan fasih. 

“Menguasai bahasa lain adalah suatu kredit atau tuntutan dalam Islam. Islam menggalakkan umatnya belajar bahasa asing agar tidak mudah ditipu, selain alat dakwah. 

“Maklumlah  sahajalah ultra kiasu hari ini menguasai ekonomi, boleh dikatakan semua notis dan iklan mereka dalam bahasa Cina, mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka menggunakan bahasa Cina, sebagai bahasa utama. Dengan adanya orang Melayu menguasai bahasa Cina, lebih memudahkan Melayu menghampiri orang Cina,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Ridhuan Tee berkata demikian ketika mengulas persoalan dibangkitkan sayap Pemuda Pakatan Harapan (PH) mengenai tindakan pemimpin PAS  menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Difahamkan, perkara itu timbul ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.

Antara sebab lain, Ridhuan Tee percaya apabila seseorang bukan Cina menguasai bahasa itu mereka lebih mudah menghampiri golongan tersebut dan membolehkannya mengetahui rahsia mereka.

“…Anak Melayu di SJKC akan menjadi semakin terbuka dan kuat semangat patriostism dalam misi ‘menyunatkan’ anak Cina,” katanya.

Beliau berkata asbab mengeratkan lagi perpaduan adalah tuntutan agama, malah di SJKC mudah mendapat skor A berbanding sekolah kebangsaan. 

“Ambil anak Melayu di SJKC dengan anak Cina di SJKC. Bandingkan kedua-duanya. Mana yang lebih mudah bergaul atau menyesuaikan diri dengan bangsa yang berbeza dengannya. Murid Melayu di SJKC jauh lebih mudah menyesuaikan diri dengan bukan Melayu daripada murid Cina SJKC untuk menyesuaikan diri dengan bukan Cina. Terlalu kekok. Sebab itu, ada segelintir Melayu menghantar anaknya ke SJKC bagi tujuan murni tersebut. 

“Tidak dinafikan murid Melayu yang ada kelebihan bahasa Cina, lebih mudah mendapat kerja di syarikat Cina, terutama bank Cina, bagi tujuan menarik pelanggan Melayu,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending