Connect with us

Terkini

Ada perbezaan besar antara ‘Bukan Islam’ dan ‘Kafir’, Ti Lian Ker ‘nasihat’ Firdaus Wong

Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menasihati pendakwah bebas, Firdaus Wong memahami konteks tegurannya kepada PAS dalam isu menggelarkan orang bukan Islam sebagai kafir.

Adam Tan

Published

on

Ada perbezaan besar antara 'Bukan Islam' dan 'Kafir', Ti Lian Ker 'nasihat' Firdaus Wong
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan) dan Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker (kiri).
  • Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menasihati pendakwah bebas, Firdaus Wong memahami konteks tegurannya kepada PAS dalam isu menggelarkan orang bukan Islam sebagai kafir.
  • Lian Ker berkata perkataan “Bukan Islam” dan “Kafir” mempunyai perbezaan besar dari segi tanggapan politik dan implikasi perundangan.
  • “Harap Ustaz Firdaus Wong pandai sikit dalam politik dan perundangan.
  • “Saya cuma sampaikan perasaan ramai terhadap panggilan ‘kafir’ yang seringkali dibuat oleh politikus, khususnya dari PAS secara ‘condescending’ (merendahkan),” kata Lian Ker dalam hantaran di Facebook semalam.
  • Ahli Dewan Negara itu berkata, beliau tidak melarang penggunaan perkataan kafir dalam ceramah agama. 
  • Namun beliau tidak bersetuju dengan tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengkafirkan pihak lawan dengan niat politik.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menasihati pendakwah bebas, Firdaus Wong memahami konteks tegurannya kepada PAS dalam isu menggelarkan orang bukan Islam sebagai kafir.

Lian Ker berkata perkataan “Bukan Islam” dan “Kafir” mempunyai perbezaan besar dari segi tanggapan politik dan implikasi perundangan.

Ahli Dewan Negara itu berkata, beliau tidak melarang penggunaan perkataan kafir dalam ceramah agama. 

Namun beliau tidak bersetuju dengan tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengkafirkan pihak lawan dengan niat politik.

“Harap Ustaz Firdaus Wong pandai sikit dalam politik dan perundangan.

“Saya cuma sampaikan perasaan ramai terhadap panggilan ‘kafir’ yang seringkali dibuat oleh politikus, khususnya dari PAS secara ‘condescending’ (merendahkan),” kata Lian Ker dalam hantaran di Facebook semalam.

Beliau berkata panggilan “kafir” dengan tafsiran perundangan atau kedudukan seseorang warganegara Malaysia adalah salah kerana sistem perundangan kita tiada istilah “kafir harbi” atau “kafir dhimmi”.

Advertisement

“Bukalah hati dan minda supaya kita dapat bicara secara ilmiah dan intelektual dan dengan hati yang suci dalam semangat keagamaan dan bukannya politik!” katanya.

Semalam, Firdaus Wong membuat hantaran di Facebooknya menjelaskan perkataan kafir yang membawa maksud bukan Muslim lantaran Lian Ker meminta ahli PAS berhenti menggunakan gelaran kafir terhadap bukan Muslim. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Ti Lian Ker

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending