Antarabangsa
Rakyat Malaysia paling lambat hilang dara di dunia, Nilai agama antara faktor

- World Population Review mendapati rakyat Malaysia adalah antara yang paling lambat mengadakan hubungan seks di dunia, dengan purata umur pertama kali melakukan hubungan seks ialah 23.7 tahun.
- Pakar menjelaskan bahawa faktor seperti agama, budaya, pendidikan dan nilai peribadi memainkan peranan penting.
Satu laporan antarabangsa mendapati rakyat Malaysia adalah antara yang paling lambat mengadakan hubungan seks di dunia, dengan purata umur pertama kali melakukan hubungan seks ialah 23.7 tahun.
Laporan oleh World Population Review menunjukkan sembilan daripada 10 negara teratas yang lambat memulakan hubungan seks berada di Asia, termasuk Indonesia (23.6 tahun), India (22.5), Korea Selatan (22.1) dan Singapura (22.0).
Sebaliknya, negara seperti Brazil dan Colombia mencatatkan umur paling awal, sekitar 17 tahun.
Pakar menjelaskan bahawa faktor seperti agama, budaya, pendidikan dan nilai peribadi memainkan peranan penting. Di Asia, ajaran agama dan nilai tradisional yang menekankan larangan seks sebelum kahwin mungkin menyumbang kepada purata umur yang lebih lewat.
Walaupun sukar untuk pastikan angka sebenar, banyak kajian menunjukkan corak yang hampir sama di seluruh dunia.
Negara-negara Barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat biasanya mencatatkan umur yang lebih muda untuk pengalaman seksual pertama.
Kajian lain oleh Durex pada tahun 2016 juga meletakkan Malaysia di tangga pertama dunia dalam kategori ini, mengukuhkan dapatan laporan terkini.-The Merdeka Times
