Connect with us

Terkini

Cadangan hukum sebat di khalayak, Menteri digesa tolak polemik politik – PPMM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said digesa bersikap terbuka dan menolak polemik politik dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri Terengganu berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.

Avatar

Published

on

Foto: Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said digesa bersikap terbuka dan menolak polemik politik dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri Terengganu berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
  • Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata cadangan itu menunjukkan masih banyak ruang untuk diperbaiki Mahkamah Syariah negeri dalam memastikan undang-undang jenayah syariah terus diamalkan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.
  • “Merujuk kenyataan dibuat oleh Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu berkenaan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak dan ia sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu, PPMM menyambut baik segala usaha dan kaedah untuk memperkasa undang-undang syariah.
  • “PPMM menggesa cadangan itu dapat diperhalusi oleh semua pihak termasuk di peringkat negeri dan Persekutuan bagi suatu usaha yang dapat diambil pihak kerajaan terutama pasca keputusan kes Nik Elin yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu sedang mempertimbang pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid atau sebagainya.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said digesa bersikap terbuka dan menolak polemik politik dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri Terengganu berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata cadangan itu menunjukkan masih banyak ruang untuk diperbaiki Mahkamah Syariah negeri dalam memastikan undang-undang jenayah syariah terus diamalkan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Merujuk kenyataan dibuat oleh Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu berkenaan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak dan ia sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu, PPMM menyambut baik segala usaha dan kaedah untuk memperkasa undang-undang syariah.

“PPMM menggesa cadangan itu dapat diperhalusi oleh semua pihak termasuk di peringkat negeri dan Persekutuan bagi suatu usaha yang dapat diambil pihak kerajaan terutama pasca keputusan kes Nik Elin yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, PPMM turut menggesa pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan jenayah syariah selain umat Islam dapat mengamalkannya.

“Justeru, usaha ini wajar disegerakan dan diambil perhatian khusus oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” kata Hisham.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu sedang mempertimbang pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid atau sebagainya.

Bagaimanapun, Azalina Othman dilaporkan berkata tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan berkenaan

Katanya, cadangan itu tidak mudah untuk dilaksanakan kerana pengurusan kes jenayah syariah turut melibatkan bantuan daripada agensi pusat, antaranya polis, bagi tujuan penahanan dan Jabatan Penjara untuk pemenjaraan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending