Connect with us

Antarabangsa

McDonald’s didakwa abai gangguan seksual dialami pekerja

Mcdonald’s UK dituduh melazimkan budaya kerja toksik dengan membiarkan serangan seksual, gangguan, buli dan perkauman berlaku ke atas pekerja mereka.

Wartawan TMT

Published

on

McDonald’s didakwa abai gangguan seksual dialami pekerja
Foto: Bekas pekerja Mcdonald's UK, Shelby, yang meninggalkan cawangan Berkshire tahun lalu.
  • McDonald’s UK dituduh melazimkan budaya kerja toksik dengan membiarkan serangan seksual, gangguan, buli dan perkauman berlaku ke atas pekerja mereka.
  • Lebih dari 100 kakitangannya di United Kingdom (UK) samada yang masih bekerja atau telah meninggalkan syarikat itu menyuarakan penindasan dialami mereka ketika bekerja di McDonald’s.
  • Siasatan atas dakwaan itu mendorong badan pemerhati kesaksamaan United Kingdom melancarkan talian e-mel khas untuk kakitangan terbabit dengan pelbagai penemuan mengejutkan.
  • Seorang staf yang masih bekerja di Nottingham mendakwa dia dilihat sebagai ‘daging segar’ oleh rakan sekerja lelakinya, manakala yang lain mendakwa pengurus mereka memaksa mengenakan pakaian seragam yang terlalu ketat.
  • “Saya rasa mereka langsung tidak memikirkan tentang kakitangan mereka,” kata seorang pekerja McDonald’s.

Mcdonald’s UK dituduh melazimkan budaya kerja toksik dengan membiarkan serangan seksual, gangguan, buli dan perkauman berlaku ke atas pekerja mereka.

Lebih dari 100 kakitangannya di United Kingdom (UK) samada yang masih bekerja atau telah meninggalkan syarikat itu menyuarakan penindasan dialami mereka ketika bekerja di McDonald’s, demikian lapor Daily Mail.

Pekerja McDonald’s, seawal usia 17 tahun, memberitahu BBC bahawa dia diraba dan diganggu secara rutin sepanjang bekerja di syarikat rangkaian makanan segera itu.

Siasatan atas dakwaan itu mendorong badan pemerhati kesaksamaan United Kingdom melancarkan talian e-mel khas untuk kakitangan terbabit dengan pelbagai penemuan mengejutkan.

Seorang staf yang masih bekerja di Nottingham mendakwa dia dilihat sebagai ‘daging segar’ oleh rakan sekerja lelakinya, manakala yang lain mendakwa pengurus mereka memaksa mengenakan pakaian seragam yang terlalu ketat.

Seorang bekas pekerja, Emily, 22 pula berkata gangguan sememangnya satu jangkaan seandainya bekerja di McDonald’s.

Dia meninggalkan cawangan di Brighton tahun lepas selepas rakan sekerja lelaki dalam lingkungan 60an kerap membelai rambutnya secara seksual yang membuatnya tidak selesa.

Advertisement

Seorang pekerja 16 tahun bernama Shelby, yang meninggalkan cawangan Berkshire tahun lalu menceritakan rutin rakan sekerja lelaki lebih tua yang akan ‘meraba’ kakitangan wanita.

“Setiap syif saya bertugas, satu komen sekurang-kurangnya akan diberikan, saya digesek, tangannya disapu pada badan saya, atau lebih teruk, punggung atau pinggul saya dicengkam,” katanya.

“Saya rasa mereka langsung tidak memikirkan tentang kakitangan mereka,” kata seorang pekerja McDonald’s.

Aduan-aduan itu datang beberapa bulan selepas jenama itu menandatangani perjanjian dengan badan pemerhati kesaksamaan dengan berlegarnya kebimbangan dalam cara syarikat gergasi itu mengendalikan gangguan seperti diadukan kakitangan mereka di UK.

McDonald’s membuat perjanjian yang sah bersama Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak Asasi Manusia (EHRC) pada Februari lalu yang mana kumpulan restoran itu perlu komited ke atas beberapa perkara untuk melindungi pekerja dengan lebih baik.

Sumber: Daily Mail, BBC, Daily Mail.

Advertisement

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending