Connect with us

Terkini

Bajet 2023: Subsidi bersasar dijangka diperkenalkan

Kerajaan perpaduan dijangka memperkenalkan subsidi bersasar dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada bulan ini memandangkan kerajaan mahu mengurangkan beban subsidi dan perbelanjaan negara, kata penganalisis.

Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: Subsidi bersasar dijangka diperkenalkan
Foto: Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
  • Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengenalan subsidi bersasar dapat memastikan hanya golongan layak sahaja akan menerima manfaat tersebut.
  • Mekanisme yang boleh diperkenalkan mestilah menggunakan teknologi seperti aplikasi, kod QR atau cip di dalam kad pengenalan supaya tidak ada unsur salah laku dan ketirisan.
  • “Sudah tentu kajian perlu dibuat sebelum pelaksanaannya untuk memastikan matlamat subsidi bersasar itu tercapai.
  • Oleh itu, subsidi ini akan mengambil sedikit masa selepas Bajet 2023 diumumkan dan bukannya akan dilaksanakan serta merta,” katanya.

PETALING JAYA: Kerajaan perpaduan dijangka memperkenalkan subsidi bersasar dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada bulan ini memandangkan kerajaan mahu mengurangkan beban subsidi dan perbelanjaan negara, kata penganalisis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengenalan subsidi bersasar itu juga dapat memastikan hanya golongan yang layak sahaja akan menerima manfaat tersebut.

Katanya, mekanisme yang boleh diperkenalkan mestilah menggunakan teknologi seperti aplikasi, kod QR atau cip di dalam kad pengenalan supaya tidak ada unsur salah laku dan ketirisan.

“Kemungkinan besar subsidi bersasar ini akan melibatkan petrol RON95 sahaja kerana bahan api tersebut lebih mudah dilaksanakan dan dikawal, berbanding makanan asas yang dijual oleh semua peniaga runcit dan pasar.

“Sudah tentu kajian perlu dibuat sebelum pelaksanaannya untuk memastikan matlamat subsidi bersasar itu tercapai.

“Oleh itu, subsidi ini akan mengambil sedikit masa selepas Bajet 2023 diumumkan dan bukannya akan dilaksanakan serta merta,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu, kerajaan perlu membangunkan segera satu mekanisme untuk mengkategorikan kumpulan atau individu yang akan menikmati subsidi bersasar.

Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai pilihan dari segi ruang fiskal kecuali beralih kepada pelaksanaan subsidi bersasar dan pelaksanaan subsidi bersasar kelak sudah tentu mengambil kira kesan kepada rakyat, walaupun kemungkinan besar akan berlaku kenaikan inflasi.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Fuad Mohamed Berawi berkata, subsidi bersasar mungkin sedikit sukar untuk dilaksana.

Menurutnya, ini disebabkan kesulitan mendapatkan mekanisme yang sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. 

“Pelaksanaan subsidi petrol misalnya agak sukar diperkenalkan terutama bagi golongan sasaran yang terdiri daripada penduduk luar bandar yang kurang terdedah dengan maklumat serta kaedah agihan subsidi yang berasaskan gajet seperti telefon pintar. 

“Kekurangan ini dikhuatiri menyisihkan golongan ini daripada sasaran,” ujarnya. – UTUSAN

Sumber: Utusan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Guinea Bissau tarik balik kebenaran bendera, kapal Freedom Flotilla ‘dihalang’ belayar ke Gaza

Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sidang Media Freedom Flotilla Coalition (FFC).
  • Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.
  • Perkara itu diumumkan FFC pada petang Jumaat sebelum selesainya pemeriksaan salah satunya kapal kargonya yang sudah dimuatkan dengan lebih 5000 tan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza.
  • “Pada petang Khamis, FFC dihubungi GBISR meminta untuk memeriksa kapal utama kami – Akdenez. Ini permintaan yang sangat luar biasa kerana kapal kami sudah pun lulus semua pemeriksaan yang diperlukan; namun begitu, kami bersetuju. Pemeriksanya tiba pada hari Khamis.
  • “Pada petang Jumaat sebelum pemeriksaan selesai, GBISR dalam langkah politik yang jelas memaklumkan FFC bahawa ia telah menarik bendera Guinea Bissau dari dua kapal FFC, salah satunya adalah kapal kargo kami yang sudah dimuat dengan lebih 5000 tan bantuan penyelamat nyawa untuk rakyat Palestin di Gaza,” kata FFC dalam kenyataan.
  • FFC mengakui tanpa bendera terbabit, pelayaran tidak dapat diteruskan tetapi perkara itu tidak akan mematahkan semangat misi mereka untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.

Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.

Perkara itu diumumkan FFC pada petang Jumaat sebelum selesainya pemeriksaan salah satunya kapal kargonya yang sudah dimuatkan dengan lebih 5000 tan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza.

“Pada petang Khamis, FFC dihubungi GBISR meminta untuk memeriksa kapal utama kami – Akdenez. Ini permintaan yang sangat luar biasa kerana kapal kami sudah pun lulus semua pemeriksaan yang diperlukan; namun begitu, kami bersetuju. Pemeriksanya tiba pada hari Khamis.

“Pada petang Jumaat sebelum pemeriksaan selesai, GBISR dalam langkah politik yang jelas memaklumkan FFC bahawa ia telah menarik bendera Guinea Bissau dari dua kapal FFC, salah satunya adalah kapal kargo kami yang sudah dimuat dengan lebih 5000 tan bantuan penyelamat nyawa untuk rakyat Palestin di Gaza,” kata FFC dalam kenyataan.

FFC mengakui tanpa bendera terbabit, pelayaran tidak dapat diteruskan tetapi perkara itu tidak akan mematahkan semangat misi mereka untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.

“Walau bagaimanapun, tanpa bendera, kami tidak boleh berlayar. Tetapi, ini bukanlah penghujungnya. Israel tidak dapat dan tidak akan menghancurkan tekad kami untuk memecah pengepungan haram dan mencapai rakyat Gaza. 

“Rakyat Gaza dan seluruh (rakyat) Palestin tetap teguh di bawah keadaan mengerikan yang tidak dapat dibayangkan. 

“Kami mengambil kekuatan dari keupayaan luar biasa mereka yang tidak dapat dijelaskan dalam pengekalan kemanusiaan, maruah, dan harapan mereka ketika dunia tidak memberi alasan untuk mereka berbuat demikian.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk mengekalkan harapan itu hidup. Kami akan berlayar,” kata FFC.

Aktivis dari 30 negara, termasuk Malaysia, berkumpul di Istanbul bermula 18 April untuk persiapan terakhir misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024“.

Tarikh pelayaran asalnya sebelum ini ditetapkan pada 21 April dan kemudian ditangguhkan sebanyak dua kali kepada 24 April dan 26 April. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending