Connect with us

Terkini

Makanan bernutrisi, RMT didakwa bebankan pengusaha kantin

Penyediaan makanan sihat dan bernutrisi di kantin sekolah dan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) memerlukan kos tinggi sekali gus membebankan pengusaha.

Wartawan TMT

Published

on

Makanan bernutrisi, RMT didakwa bebankan pengusaha kantin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penyediaan makanan sihat dan bernutrisi di kantin sekolah dan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) memerlukan kos tinggi sekali gus membebankan pengusaha.
  • Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md. Desa berkata, pengusaha tiada masalah untuk menyediakan makanan sihat dan berkhasiat kepada pelajar jika harga makanan boleh dikenakan lebih mahal, katanya kepada Utusan Malaysia. 
  • Menurut beliau, ini kerana kos bahan-bahan mentah untuk menyediakan makanan berkhasiat itu agak mahal.
  • “Jadi kalau sarankan mengambil makanan sihat melalui RMT atau makanan di kantin sekolah, maka harga di kantin sekolah perlu dikaji semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

PETALING JAYA: Penyediaan makanan sihat dan bernutrisi di kantin sekolah dan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) memerlukan kos tinggi sekali gus membebankan pengusaha.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md. Desa berkata, pengusaha tiada masalah untuk menyediakan makanan sihat dan berkhasiat kepada pelajar jika harga makanan boleh dikenakan lebih mahal.

Menurut beliau, ini kerana kos bahan-bahan mentah untuk menyediakan makanan berkhasiat itu agak mahal.

“Makanan terpilih yang mempunyai nutrisi tinggi misalnya, sayur-sayuran seperti brokoli atau lobak merah semuanya melibatkan kos tinggi yang membebankan pengusaha untuk menyediakan makanan sihat pada harga rendah.

“Contoh, program RMT sekarang yang pada kadar RM3.20 pun pengusaha kantin mengeluh tak balik modal, lagi lah tak boleh balik modal kalau tukar menu makanan sihat melibatkan bahan mentah lebih mahal.

“Jadi kalau sarankan mengambil makanan sihat melalui RMT atau makanan di kantin sekolah, maka harga di kantin sekolah perlu dikaji semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebanyak 29.7 peratus kanak-kanak di negara ini dilaporkan mengalami masalah bantut disebabkan cara pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Advertisement

Selain faktor keluarga dan ibu bapa yang tidak mengutamakan makanan berkhasiat, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni mendedahkan ada pengusaha kantin di sekolah tertentu yang menyediakan menu sosej dan nasi melalui program RMT menyaksikan murid berkenaan sepatutnya disajikan makanan berkhasiat.

Mengulas lanjut, Siti Normah berkata, pihaknya tidak menolak kantin sekolah merupakan satu platform untuk menggalakkan pelajar mengambil makanan berkhasiat kerana mereka tidak mempunyai pilihan.

Namun, katanya, harga kos bahan mentah yang tinggi tetap menjadi isu dan tekanan kepada pengusaha, apatah lagi apabila kerajaan menarik kawalan dan subsidi bahan tertentu.

“Kementerian berkenaan patut fikirkan sesuatu untuk pengusaha kantin boleh sediakan makanan berkualiti dan sihat kepada pelajar.

“Isunya sekarang ini, siapa yang mahu melaksanakan sekiranya perlu menanggung kerugian. Mungkin boleh tetapkan harga kos pada kadar yang tidak melebihi sepatutnya atau harga makanan program RMT dinaikkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menambah, makanan yang disediakan melalui program RMT pada masa kini juga boleh dikategorikan sebagai menu sihat.

Advertisement

“Mungkin perlu sedikit penambah baik kalori bagi memastikan pelajar mendapat nutrisi sepatutnya serta pemantauan dari segi penyediaan makanan itu,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending