Connect with us

Terkini

Libat urus tangani isu kekurangan tenaga kerja sektor kesihatan sedang dijalankan

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa beliau sedang cuba membuahkan penyelesaian antara kementerian terhadap isu kekurangan tenaga kerja sektor kesihatan.

Wartawan TMT

Published

on

Libat urus tangani isu kekurangan tenaga kerja sektor kesihatan sedang dijalankan
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa beliau sedang cuba membuahkan penyelesaian antara kementerian terhadap isu kekurangan tenaga kerja sektor kesihatan.
  • Tegasnya, isu yang dihadapi oleh sektor kesihatan bukan menjadi tanggungjawab kementeriannya sahaja tetapi semua komponen kerajaan berkaitan untuk menanganinya bersama.
  • “Tiada orang yang penat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan saya mendengar bahawa mereka memerlukan lebih ramai anggota untuk pastikan perkhidmatan terbaik itu dapat diberikan.”
  • “Saya selalu percaya bahawa penyelesaian terbaik itu memerlukan juga kerjasama atau libat urus antara kementerian dan agensi mereka ini juga sebenarnya memberi input kepada perkara yang kita nak selesaikan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa beliau sedang cuba membuahkan penyelesaian antara kementerian terhadap isu kekurangan tenaga kerja sektor kesihatan.

Tegasnya, isu yang dihadapi oleh sektor kesihatan bukan menjadi tanggungjawab kementeriannya sahaja tetapi semua komponen kerajaan berkaitan untuk menanganinya bersama.

Kata Dr Zaliha, beliau sedar bahawa penambahan kakitangan di setiap bahagian dalam sektor kesihatan menjadi keperluan ketika ini selepas berhempas pulas melawan COVID-19.

“Tiada orang yang penat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan saya mendengar bahawa mereka memerlukan lebih ramai anggota untuk pastikan perkhidmatan terbaik itu dapat diberikan.

“Saya selalu percaya bahawa penyelesaian terbaik itu memerlukan juga kerjasama atau libat urus antara kementerian dan agensi mereka ini juga sebenarnya memberi input kepada perkara yang kita nak selesaikan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

Kemaslahatan dan kebajikan kakitangan adalah perkara terutama maka beliau sendiri katanya setakat ini telah bercakap dengan Menteri Sumber Manusia dan berhubung dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan yang terbaik dapat dihasilkan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber – Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
  • Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.
  • “Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kos terpaksa ditanggung akibat ketidaksediaan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan 73 peratus responden mengatakan mereka mengalami insiden berkaitan dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus mengatakan terpaksa menanggung kos sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.

“Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

Cisco berkata syarikat mesti memacu pelaburan lebih berkesan dalam sekuriti, termasuk menggunapakai langkah sekuriti berinovatif dan pendekatan platform sesuai bagi menangani cabaran dalam landskap masa kini,

Pengurusan syarikat juga digalakkan mengukuhkan kemampanan rangkaian menggunakan penjanaan teknologi pembuatan dan meningkatkan pengambilan pekerja bagi merapatkan jurang dalam kemahiran keselamatan siber.

“Landskap cabaran hari ini lebih rumit berbanding dahulu dan organisasi global, termasuk mereka di Malaysia masih lambat untuk meningkatkan kemampanan siber mereka.

“Syarikat perlu menggunakan pendekatan platform yang akan memberikan paparan tunggal yang mudah, selamat serta menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka demi mengukuhkan postur keselamatan mereka dan memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” kata Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Hana Raja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending