Terkini
Penyasaran semula subsidi petrol, diesel dilaksana dalam 3 kaedah – Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu penyasaran semula subsidi petrol dan diesel akan dilaksanakan dalam tiga kaedah serta dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bulan ini.
- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli beritahu penyasaran semula subsidi petrol dan diesel dilaksanakan dalam tiga kaedah serta dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bulan ini.
- Rafizi berkata, mengikut pelan pelaksanaan dan garis masa ditetapkan untuk imbangi risiko inflasi yang bersifat spekulatif, kerajaan tidak mengumumkan bentuk dan kaedah penyasaran semula subsidi diesel dan petrol secara terperinci, buat masa ini.
- “Bagaimanapun saya boleh memaklumkan kepada dewan bahawa beberapa kaedah utama yang dibincang dan dibentangkan setakat ini boleh dirangkum kepada tiga kaedah, yang pertama pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.
- “Yang kedua, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan boleh belanja bersih isi rumah dan melalui pendekatan hibrid, gabungan perlindungan sosial serta bantuan sosial, manakala ketiga pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan individu tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu penyasaran semula subsidi petrol dan diesel akan dilaksanakan dalam tiga kaedah serta dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bulan ini.
Rafizi berkata, sejak 2015 sehingga 2023, jumlah subsidi dan bantuan sosial yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM294.5 bilion atau 10.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan bagi tempoh yang sama.
Katanya, Belanjawan 2024 memperuntukkan RM58.1 bilion untuk membiayai pelbagai bentuk subsidi dan bantuan kepada rakyat.
“Kerajaan mengenal pasti penyasaran semula subsidi sebagai inisiatif utama bagi memastikan keberkesanan pemberian bantuan serta menambah baik kedudukan fiskal kerajaan…perbincangan mengenai kaedah pelaksanaan program subsidi petrol dan diesel dilakukan di Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Mei, Jun, Julai dan September.
“Perbincangan itu menjurus kepada satu cadangan bersepadu yang akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri pada bulan ini, bersesuaian dengan jadual pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol dan diesel yang dijangka bermula pada 2024,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung program libat urus yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dengan semua pemegang taruh sebelum rancangan subsidi bersasar dilaksanakan pada 2024 dan apakah jenis subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan itu dan juga manfaat yang boleh dinikmati oleh ekonomi negara.
Rafizi berkata, mengikut pelan pelaksanaan dan garis masa yang ditetapkan untuk mengimbangi risiko inflasi yang bersifat spekulatif, kerajaan tidak mengumumkan bentuk dan kaedah penyasaran semula subsidi diesel dan petrol secara terperinci, buat masa ini.
“Bagaimanapun saya boleh memaklumkan kepada dewan bahawa beberapa kaedah utama yang dibincang dan dibentangkan setakat ini boleh dirangkum kepada tiga kaedah, yang pertama pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.
“Yang kedua, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan boleh belanja bersih isi rumah dan melalui pendekatan hibrid, gabungan perlindungan sosial serta bantuan sosial, manakala ketiga pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan individu tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi,” katanya.
Beliau berkata keputusan khusus akan diumumkan mengikut garis masa yang ditetapkan kelak namun pelaksanaan penyasaran subsidi itu hanya boleh dilaksanakan selepas tempoh pengesahan dan verifikasi maklumat isi rumah dan pendapatan selesai terlebih dahulu untuk memastikan kelayakan setiap isi rumah.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar