Connect with us

Politik

Rafizi letak jawatan menteri ekonomi berkuat kuasa 17 Jun

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli
  • Bermula hari ini, Rafizi akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
  • “Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan,” – Datuk Seri Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR — Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri, berkuat kuasa 17 Jun ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata surat tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri dan bermula hari ini, beliau akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.

“Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.

“Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.

“Seperti mana amalan di negara-negara yang menitik berat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Rafizi.

Pada Pemilihan PKR 2025 peringkat pusat pada 23 Mei, Rafizi dilapor tewas kepada Nurul Izzah Anwar selepas memperoleh 3,866 undi berbanding Nurul Izzah 9,803 undi, dalam persaingan satu lawan satu bagi jawatan itu.

Sebelum itu, Rafizi menyatakan akan melepaskan jawatan dalam kabinet dan kembali menjadi Ahli Parlimen biasa jika gagal mempertahankan kedudukan nombor dua parti disandangnya. — The Merdeka Times

Author