Connect with us

Terkini

Johari Ghani cadang pindahan tunai ganti subsidi minyak masak peket

Seorang Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggunapakai sistem pindahan tunai untuk menyalurkan subsidi kepada kumpulan layak bagi membeli minyak masak peket.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen (BN-Titiwangsa), Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • Ahli Parlimen blok kerajaan cadang agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) gunapakai sistem pindahan tunai untuk salur subsidi kepada kumpulan layak bagi membeli minyak masak peket.
  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata, sekiranya sistem itu dilaksanakan, bukan hanya subsidi sampai kepada golongan sasar seperti B40 malah ia akan menjimatkan dana negara.
  • “Saya berpandangan tiba masanya kalau kalau minyak masak ini kita boleh buat pindahan tunai, (contohnya) setiap rumah B40 pakai sekitar 5 kilogram (kg) jadi kita memang nak bagi (subsidi) jumlah itu.
  • “Perbezaan dengan harga pasaran itu kita buat pindahan tunai jadi KPDN tak payah buat penguatkuasaan, ambil duit jadi pasaran jual pasaran,” katanya dalam soalan lisan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggunapakai sistem pindahan tunai untuk menyalurkan subsidi kepada kumpulan layak bagi membeli minyak masak peket.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata, sekiranya pelaksanaan sistem itu dilaksanakan, bukan hanya subsidi sampai kepada golongan sasar seperti B40 malah ia akan menjimatkan dana negara.

“Saya berpandangan tiba masanya kalau minyak masak ini kita boleh buat pindahan tunai, (contohnya) setiap rumah B40 pakai sekitar 5 kilogram (kg) jadi kita memang nak bagi (subsidi) jumlah itu.

“Perbezaan dengan harga pasaran itu kita buat pindahan tunai jadi KPDN tak payah buat penguatkuasaan, ambil duit jadi pasaran jual pasaran,” katanya dalam soalan lisan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Johari mengutarakan soalan kepada kerajaan untuk menyatakan berapa jumlah minyak masak peket bersubsidi dikeluarkan oleh Kementerian pada setiap bulan dan berapa daripada jumlah ini diagihkan kepada golongan isi rumah B40 dan peniaga mikro.

Tegas Johari, ketika ini negara mengeluarkan 60 juta peket minyak masak setiap bulan atau 720 juta setahun yang dijual pada harga RM2.50 sepeket, disasarkan memanfaatkan 3.2 juta isi rumah B40.

Namun katanya, berlaku ketirisan antaranya ada pemborong menjual kepada syarikat mikro dengan harga lebih daripada RM2.50 menyebabkan sasaran subsidi tidak berlaku.

“Apa yang berlaku, oleh kerana ada ketirisan, akhirnya ketirisan ini dulu dia eksport, kemudian kita tahan, dapat mengatasi soal eksport. Kemudian kita jumpa pula di mana dia beli minyak peket, pemborong dapat minyak peket, kemudian dia jual kepada syarikat-syarikat mikro ini dengan harga yang tinggi daripada RM2.50.

“Maka sasaran subsidi tidak berlaku. Akhir-akhir ini ada orang beli minyak peket, untuk dibuat biodiesel, kerana kalau dia beli recyle (kitar semula) minyak, lebih tinggi daripada minyak masak yang kita beri dalam peket,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh bersetuju dengan cadangan Johari yang dilihat mampu untuk mengelakkan ketirisan penjualan minyak masak peket.

“Saya setuju apa (Ahli Parlimen) Titiwangsa (Johari) cakap ada ketirisan dan pindahan tunai mungkin cara terbaik (atasinya),” katanya.

Fuziah bagaimanapun berkata, mekanisme bagi subsidi bersasar termasuk untuk minyak masak peket akan dilaksanakan apabila kementerian menerima data daripada Pangkalan Data Utama (Padu). 

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *