Terkini
Penamatan subsidi ayam rancakkan industri ternakan – Pakar
Keputusan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa pada 1 Nov lalu, mampu mendatangkan pulangan positif kepada rakyat, antaranya berupaya merancakkan sektor ternakan ayam dengan peruntukan subsidi ditamatkan itu.

- Keputusan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa pada 1 Nov lalu, mampu mendatangkan pulangan positif kepada rakyat, antaranya berupaya merancakkan sektor ternakan ayam dengan peruntukan subsidi ditamatkan itu.
- Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr Sheikh Ahmad Faiz Sheikh Ahmad Tajuddin berkata peruntukan subsidi tersebut boleh disalurkan kepada penternak ayam tempatan bagi membantu golongan itu meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran ternakan mereka.
- Seorang pemborong ayam Mohammad Shafiq Rosli, 30, dari Syarikat Sapik Poultry Trading berkata langkah kerajaan menamatkan subsidi ayam mendatangkan manfaat kepada golongan penternak.
KUALA TERENGGANU, 9 Nov (Bernama) — Keputusan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa pada 1 Nov lepas, mampu mendatangkan pulangan positif kepada rakyat, antaranya berupaya merancakkan sektor ternakan ayam dengan peruntukan subsidi ditamatkan itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr Sheikh Ahmad Faiz Sheikh Ahmad Tajuddin berkata peruntukan subsidi tersebut boleh disalurkan kepada penternak ayam tempatan bagi membantu golongan itu meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran ternakan mereka.
“Apabila produktiviti dan kualiti pengeluaran ayam semakin meningkat, ia bukan sahaja mampu menstabilkan harga ayam di pasaran, malah boleh meningkatkan bekalan ayam negara dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dana itu boleh dialihkan bagi menjalankan program penyelidikan dan pembangunan dalam industri penternakan ayam serta membantu penternak dalam proses pemantauan penyakit, menghasilkan pembiakan ayam lebih baik serta meningkatkan amalan pertanian berkesan.
Sementara itu, Pensyarah Program Sarjana Muda Perakaunan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha berkata bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberi subsidi bersasar bagi mengelakkan ia dinikmati golongan kaya dan warga asing, kad identiti atau kad subsidi harus diperkenalkan.
“Seperti kad keahlian yang digunakan di sesetengah pasar raya bagi membezakan antara pemborong dan pembeli biasa, kad identiti atau kad subsidi harus diberikan kepada golongan memerlukan bagi memastikan bantuan atau subsidi kerajaan benar-benar sampai hanya kepada mereka,” katanya.
Selain itu katanya penjimatan sebanyak RM100 juta sebulan hasil penamatan subsidi ayam boleh disalurkan kembali kepada rakyat dalam pelbagai kaedah seperti menaik taraf sekolah, jalan raya dan menambah bilangan hospital.
Sementara itu, seorang pemborong ayam Mohammad Shafiq Rosli, 30, dari Syarikat Sapik Poultry Trading berkata langkah kerajaan menamatkan subsidi ayam mendatangkan manfaat kepada golongan penternak.
Beliau berkata hal ini kerana walaupun kerajaan sebelum ini menyalurkan subsidi jutaan ringgit kepada penternak untuk menstabilkan harga ayam di pasaran, harga makanan bahan protein itu sentiasa meningkat dan ia akhirnya tetap membebankan rakyat.
Justeru Mohammad Syafiq mencadangkan kerajaan menggunakan wang subsidi tersebut untuk membiayai projek ternakan ayam di lokasi yang bersesuaian bagi mengatasi masalah harga ayam yang tinggi dan kekurangan bekalan.
“Kerajaan melalui jabatan atau agensi pertanian berkaitan boleh cari jalan bagaimana nak lahirkan lebih ramai penternak.
“Dengan sokongan modal dan bimbingan yang betul, saya fikir ramai yang berminat. Di Terengganu ini pun masih banyak tanah kosong sesuai untuk aktiviti ternakan,” katanya. — BERNAMA
Sumber: BERNAMA
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas