Connect with us

Terkini

Minyak masak peket diseleweng buat biodiesel – Johari Ghani

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendedahkan kepada Dewan Rakyat mengenai aktiviti penyelewengan terbaru melibatkan minyak masak peket bersubsidi di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Minyak masak peket diseleweng buat biodiesel – Johari Ghani
Foto: Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dedahkan kepada Dewan Rakyat aktiviti penyelewengan terbaru melibatkan minyak masak peket bersubsidi di negara ini.
  • Menurut beliau, pihak tidak bertanggungjawab beli minyak masak peket bersubsidi untuk dibuat biodiesel kerana harga bahan bersubsidi itu lebih murah daripada minyak masak kitar semula.
  • “Maka sasaran subsidi tidak berlaku. Akhir-akhir ini ada orang beli minyak peket untuk dibuat biodiesel kerana harga minyak masak kitar semula lagi tinggi daripada harga dalam peket,” katanya pada sesi soal jawab lisan membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.
  • Johari mencadangkan kepada kerajaan supaya subsidi minyak masak kepada golongan bersasar itu dibuat dengan kaedah pemindahan tunai bagi mengelakkan ketirisan subsidi daripada terus berlaku.

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendedahkan kepada Dewan Rakyat mengenai aktiviti penyelewengan terbaru melibatkan minyak masak peket bersubsidi di negara ini.

Menurut beliau, terdapat pihak tidak bertanggungjawab membeli minyak masak peket bersubsidi untuk dibuat biodiesel kerana harga bahan bersubsidi itu lebih murah daripada minyak masak kitar semula.

“Dulu ketirisan ini (minyak masak peket membabitkan) di eksport (ke luar negara). Kemudian kita tahan dan dapat atasi soal eksport. Kemudian kita jumpa pula (penyelewengan) pemborong dapat minyak peket, jual kepada syarikat-syarikat mikro dengan harga yang tinggi.

“Maka sasaran subsidi tidak berlaku. Akhir-akhir ini ada orang beli minyak peket untuk dibuat biodiesel kerana harga minyak masak kitar semula lagi tinggi daripada harga dalam peket,” katanya pada sesi soal jawab lisan membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Johari mencadangkan kepada kerajaan supaya subsidi minyak masak kepada golongan bersasar itu dibuat dengan kaedah pemindahan tunai bagi mengelakkan ketirisan subsidi daripada terus berlaku.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Johari mengenai penyelewengan tersebut dan penyasaran subsidi bermula tahun depan akan turut melibatkan subsidi minyak masak.

“Apabila kita terima data daripada Pangkalan Data Utama (PADU), kita akan berada pada satu kedudukan di mana kita boleh melaksanakan penyasaran subsidi minyak masak.

“Saya setuju apa yang Yang Berhormat Titiwangsa cakap ada ketirisan dan pemindahan tunai mungkin cara terbaik. Mekanisme belum kita tuntaskan, tetapi itulah arah dan hala tuju kita,” katanya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending