Connect with us

Terkini

Mansuh lesen operasi 24 jam kedai makan, naikkan cukai minuman dan makanan manis – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa memansuhkan lesen operasi 24 jam yang diberikan kepada kedai makan berikutan kajian menunjukkan terdapat kesan negatif makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa memansuhkan lesen operasi 24 jam yang diberikan kepada kedai makan berikutan kajian menunjukkan terdapat kesan negatif makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.
  • Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata sudah sekian lama pihaknya menggesa kerajaan melarang kedai makan beroperasi 24 jam kerana akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.
  • Beliau berkata Kerajaan perlu lebih serius mengawal persekitaran yang menggalakkan obesiti dengan mewajibkan semua kedai makanan ditutup pada tengah malam, bukan dibenarkan beroperasi 24 jam sehari.
  • Kerajaan juga perlu berani dalam menangani isu obesiti dengan menarik semula makanan tidak sihat dan menaikkan cukai ke atas semua jenis minuman dan makanan manis selain menyediakan insentif dan rancangan jangka panjang.
  • Katanya, ia juga sekali gus berpotensi untuk memupuk tabiat pemakanan lebih sihat dan menggalakkan tabiat tidur lebih baik.
  • “Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 50.1% daripada penduduk dewasa dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4%) atau obes (19.7%),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa memansuhkan lesen operasi 24 jam yang diberikan kepada kedai makan berikutan kajian menunjukkan terdapat kesan negatif makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata sudah sekian lama pihaknya menggesa kerajaan melarang kedai makan beroperasi 24 jam kerana akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.

Beliau berkata Kerajaan perlu lebih serius mengawal persekitaran yang menggalakkan obesiti dengan mewajibkan semua kedai makanan ditutup pada tengah malam, bukan dibenarkan beroperasi 24 jam sehari.

Selain itu, Kerajaan juga perlu berani dalam menangani isu obesiti dengan menarik semula makanan tidak sihat dan menaikkan cukai ke atas semua jenis minuman dan makanan manis selain menyediakan insentif dan rancangan jangka panjang.

“Pada masa ini rakyat Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat memandangkan kita mempunyai prevalens obesiti tertinggi dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara. 

“Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 50.1 peratus daripada penduduk dewasa dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4 peratus) atau obes (19.7 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sekalipun memendekkan waktu operasi untuk kedai makan tidak akan menyelesaikan sepenuhnya isu obesiti di Malaysia, namun ia akan membantu mengurangkan makan lewat malam dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Katanya, ia juga sekali gus berpotensi untuk memupuk tabiat pemakanan lebih sihat dan menggalakkan tabiat tidur lebih baik.

“Penyelidikan menunjukkan individu makan lewat malam melebihi 40 peratus daripada keperluan tenaga harian mereka yang menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti. 

“Tabiat pemakanan tidak sihat, ditambah pemakanan tidak seimbang terdiri daripada makanan tinggi kandungan lemak dan garam (makanan biasa rakyat Malaysia) semasa snek selepas makan malam, juga dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Israel serang Rafah, Musim haji tahun ini mungkin terjejas – ZRA

Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Avatar

Published

on

Foto: Wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

KUALA LUMPUR – Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengambil tindakan melancarkan perang atau membantu kumpulan yang mahu masuk ke medan perang sebagai respons kepada serangan Israel.

“Bererti akan ada ketegangan yang lebih besar di Asia Barat. Yang menjadikan ruang udara untuk musim haji tahun ini akan terjejas.

“Sama ada Israel marah dan akan attack (serang) kedudukan Axis of Resistance (kumpulan penentang Iran). Dia (Israel) boleh lancar sahaja peluru yang menjadikan ruang udara sampai ke Arab Saudi jadi cemas kerana Iraq kemudian ada Houthi. Houthi ada di hujung sana. Peluru berpandu kalau ditembak saja kalau nak dipintas atau tak dipintas oleh (Arab) Saudi tetap ruang udara itu boleh ditutup pada musim perang.

“Bererti empat juta jemaah haji, termasuk lebih 30 ribu yang ada di Malaysia ini sekarang berada telur di hujung tanduk. Siapa saja yang mengkaji geopolitik dalam bentuk yang lebih luas kita akan lihat gangguan perang ini akan sampai ke musim haji,” katanya menerusi klip video di TikTok bertajuk ‘Pencetus Ketidakstabilan Ekonomi Dunia’ pada Rabu.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim percaya Israel tidak mahu peperangan selepas musim haji kerana ia akan mengurangkan tekanan kepada umat Islam selain tidak dapat ‘memperdajalkan’ peluang mereka untuk menunaikan ibadah itu.

“Dia (Israel) nak buat sekarang supaya Arab Saudi (dan) negara-negara yang berada di dalam ruang udara musim haji yang mana negara-negara ini tak boleh bertindak kalaulah mereka mahukan ruang udara selamat bagi membolehkan jemaah haji yang mula terbang masuk pada pertengahan Mei ini tak terjejas penerbangan mereka seluruh dunia.

“Israel mahukan perang itu sekarang. Jadi ambil pandangan yang lebih luas, yang lebih menggambarkan kita ini bukan Islam kiasu Melayu yang hanya apabila kena dekat Melayu dan Islam maka kita jaja nama agama bahawa kitalah orang Islam terugi, yang terpaling terancam,” katanya dipercayai merujuk kritikan segelintir pihak mengenai isu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan ekoran penutupan beberapa syarikat kerana boikot. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending