Connect with us

Terkini

Isu 3R: Perlekeh kredibiliti tugasan pengamal media, BERSATU bidas Kor Ming

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming tidak ‘berlagak baik’ sehingga memberi amaran kepada pengamal media supaya mengelak membuat laporan yang mensensasikan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming (kiri) dan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris (kanan).
  • Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming tidak ‘berlagak baik’ sehingga memberi amaran kepada pengamal media supaya mengelak membuat laporan yang mensensasikan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).
  • Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata DAP yang sepatutnya konsisten mengelak memprovokasi isu 3R di negara ini.
  • Katanya, banyak contoh perkara 3R yang diprovokasi DAP dan dilaporkan dalam pelbagai platform media.
  • “Bukti sangat jelas, malahan parti itu umpama mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
  • “Malahan kenyataan Nga yang kononnya berharap pengamal media dapat mengelak membuat laporan secara berlebihan dilihat cubaan campur tangan dan memperlekehkan kredibiliti tugasan pengamal media,” kata Razali dalam hantaran di Facebook semalam.
  • Beliau membidas kenyataan Kor Ming pada Sabtu lalu yang meminta pengamal media memainkan peranan semak dan imbang dan mengelak daripada mensensasikan isu 3R.
  • Pengerusi DAP Perak itu dilaporkan berkata persepsi rakyat diakui banyak dipengaruhi oleh pemberitaan, justeru laporan yang mensensasikan isu 3R dianggap akan merugikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming tidak ‘berlagak baik’ sehingga memberi amaran kepada pengamal media supaya mengelak membuat laporan yang mensensasikan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata DAP yang sepatutnya konsisten mengelak memprovokasi isu 3R di negara ini.

Katanya, banyak contoh perkara 3R yang diprovokasi DAP dan dilaporkan dalam pelbagai platform media.

“Bukti sangat jelas, malahan parti itu umpama mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

“Malahan kenyataan Nga yang kononnya berharap pengamal media dapat mengelak membuat laporan secara berlebihan dilihat cubaan campur tangan dan memperlekehkan kredibiliti tugasan pengamal media,” kata Razali dalam hantaran di Facebook semalam.

Foto: Tangkap layar hantaran Razali Idris di Facebook.

Beliau membidas kenyataan Kor Ming pada Sabtu lalu yang meminta pengamal media memainkan peranan semak dan imbang dan mengelak daripada mensensasikan isu 3R.

Pengerusi DAP Perak itu dilaporkan berkata persepsi rakyat diakui banyak dipengaruhi oleh pemberitaan, justeru laporan yang mensensasikan isu 3R dianggap akan merugikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata isu 3R yang kerap dimainkan media sama ada konvensional mahupun elektronik, hanya akan menguntungkan segelintir pihak yang disifatkannya sebagai ‘parasit’ dan ‘ulat politik.’

Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal bagaimanapun berkata, DAP yang sebenarnya ‘parasit’ dan ‘ulat politik’ yang merugikan kemakmuran rakyat yang seharusnya dibina dengan baik.

“Sudah menjadi kerajaan pun berperangai pembangkang. DAP yang sebenarnya dilihat seolah-olah parti yang tidak membina sahsiah pembangunan insaniah. 

“Sebenar-benarnya DAP umpama musang berbulu ayam,” kata Razali. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author