Connect with us

Terkini

(VIDEO) Pencen ahli parlimen, penjawat awam perlu dimansuhkan untuk imbangi fiskal negara – KJ

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen bagi semua ahli parlimen.

Hidayah Sani

Published

on

Pencen ahli parlimen, penjawat awam perlu dimansuhkan untuk imbangi fiskal negara - KJ
Foto: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri).
  • Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen bagi semua ahli parlimen.
  • Khairy berkata sekiranya pencen itu dapat ditukarkan kepada  ke skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maka beliau mengalu-alukan ia dilaksanakan sebagaimana dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.
  • Beliau turut mencadangkan perkara sama dilakukan terhadap penjawat awam untuk mengimbangi kedudukan fiskal negara.
  • “Kalau saya boleh convert  saya punya pencen kepada KWSP sila buat… Saya rasa pencen ini satu benda yang dah lapuk, zaman dia dah berlalu. Sewaktu saya dalam jemaah menteri saya kata ada tiga benda yang kita perlu buat untuk kita menjaga kedudukan fiskal kita.”
  • “Yang ketiga adalah untuk hentikan pencen, tapi ini untuk penjawat awam yang ada (sekarang dalam perkhidmatan, skim pencen diteruskan,” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap bersama Tiber pada Selasa. 

KUALA LUMPUR —- Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen bagi semua ahli parlimen.

Khairy berkata sekiranya pencen itu dapat ditukarkan kepada  ke skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maka beliau mengalu-alukan ia dilaksanakan sebagaimana dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.

Bahkan, beliau turut mencadangkan perkara sama dilakukan terhadap penjawat awam untuk mengimbangi kedudukan fiskal negara.

“Kalau saya boleh convert saya punya pencen kepada KWSP sila buat… Saya rasa pencen ini satu benda yang dah lapuk, zaman dia dah berlalu. Sewaktu saya dalam jemaah menteri saya kata ada tiga benda yang kita perlu buat untuk kita menjaga kedudukan fiskal kita.

“Yang pertama kena perkenalkan semula GST, yang kedua subsidy rationalisation (rasionalisasi subsidi) so daripada dua ini satu kerajaan kata nak buat subsidy rationalisation although kita tidak tahu apa mekanisme dia. GST masih lagi wait and see.

“Yang ketiga adalah untuk hentikan pencen, tapi ini untuk penjawat awam yang ada (sekarang) dalam perkhidmatan, skim pencen diteruskan,” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap bersama Tiber pada Selasa. 

Beliau mengulas cadangan pakar ekonomi, Muhammed Abdul Khalid yang inginkan semua menteri dan ahli parlimen tidak lagi diberikan pencen seperti mana mereka peroleh sekarang selain kelompok terbabit turut dicadangkan untuk dimasukkan ke skim caruman KWSP, sama seperti orang lain.

Advertisement

Mengulas lanjut, Khairy berkata bagi kelompok penjawat awam yang baharu semuanya dimasukkan ke dalam KWSP selepas tarikh pelaksanaan ditetapkan sebagai contoh pada 1 Januari 2024.

Katanya, pembaharuan itu perlu dilakukan secepat mungkin kerana semakin ditangguh maka semakin tinggi kewangan harus ditanggung negara. 

“Kita kena buat secepat mungkin setiap hari kita tangguh akan tambah pension bill so just to say that kita ada political will untuk buat walaupun tidak retrospektif but for politicians, Saya sanggup cakap, okay… ambilah pencen saya tak payah bagi pencen, convert to KWSP,” katanya. —- The Merdeka Times

Sumber : Youtube Keluar Sekejap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Advertisement

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending