Antarabangsa
Perancis tidak benarkan atletnya bertudung dalam Sukan Olimpik Paris 2024
Menteri Sukan Perancis, Amélie Oudéa-Castéra mengesahkan atlet dari negaranya tidak akan memakai tudung semasa bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

- Menteri Sukan Perancis, Amélie Oudéa-Castéra mengesahkan atlet dari negaranya tidak akan memakai tudung semasa bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
- Inside The Games melaporkan Oudéa-Castéra mengesahkan pendirian tuan rumah Olimpik itu semasa diwawancara rancangan politik Perancis Dimanche en Politique.
- “…Terima kasih atas keputusan Majlis Negara baru-baru ini (yang) dengan jelas menyatakan kebersamaan bersama Perdana Menteri mengikut aturan ketat sekularisme,” kata Oudéa-Castéra.
- “Ini termasuk larangan apa saja bentuk dakwah, satu (bentuk) pengecualian mutlak dalam perkhidmatan awam.
- “Wakil delegasi dalam pasukan Perancis kami tidak akan memakai tudung,” kata Menteri Sukan itu dipetik Inside The Games.
Menteri Sukan Perancis, Amélie Oudéa-Castéra mengesahkan atlet dari negaranya tidak akan memakai tudung semasa bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Inside The Games melaporkan Oudéa-Castéra mengesahkan pendirian tuan rumah Olimpik itu semasa diwawancara rancangan politik Perancis Dimanche en Politique.
“…Terima kasih atas keputusan Majlis Negara baru-baru ini (yang) dengan jelas menyatakan kebersamaan bersama Perdana Menteri mengikut aturan ketat sekularisme,” kata Oudéa-Castéra.
“Ini termasuk larangan apa saja bentuk dakwah, satu (bentuk) pengecualian mutlak dalam perkhidmatan awam.
“Wakil delegasi dalam pasukan Perancis kami tidak akan memakai tudung,” kata Menteri Sukan itu dipetik Inside The Games.
Pemakaian tudung masih diharamkan dalam perlawanan bola sepak di Perancis, tetapi larangan itu tidak menghalang gerakan “Les Hijabeuses” yang memperjuangkan pemakaian tudung dalam aktiviti sukan mereka.
FIFA membenarkan pemain bertudung, dengan Nouhaila Benzina dari Maghribi menjadi pemain pertama yang memakai tudung dalam Piala Dunia Wanita FIFA awal tahun ini.
“Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, yang mengawal peraturan penyertaan ini, mengikuti logik dengan pemahaman bahawa pemakaian tudung tiada kaitan faktor agama tetapi sebagai satu faktor budaya,” kata Oudéa-Castéra
Pada 2019, kumpulan feminis Perancis bagi Liga Antarabangsa Hak Wanita menyeru penganjur Paris 2024 untuk mengharamkan tudung serta sebarang pakaian bersimbolkan Islam semasa sukan Olimpik dan Paralimpik.
Bulan lalu Perancis mengharamkan pemakaian abaya bagi pelajar sekolah, manakala wanita Muslim sememangnya dilarang memakai tudung di institusi awam seperti pejabat kerajaan, sekolah dan universiti.
Sumber: Inside The Games
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular